Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Ekspo
  • Tip urus perniagaan, anak cara Mila Jirin
  • Ekspo

Tip urus perniagaan, anak cara Mila Jirin

Helmi Aziz November 15, 2019 2 minutes read
484805.jpg

JIKA diperhatikan golongan wanita pada hari ini semakin berani menerokai bidang keusahawanan baik dari segi makanan, butik mahupun kosmetik.

Sebahagian besar wanita menyifatkan menjalankan perniagaan sendiri bukan sahaja menawarkan pulangan lumayan sekiranya disusuli usaha gigih, bahkan memberikan masa fleksibel antara mengendalikan bisnes dan anak-anak.

Namun begitu, bukan mudah buat para wanita khususnya yang bergelar ibu untuk memberikan keseimbangan masa menguruskan dua perkara tersebut secara serentak.

Justeru, Femina kali ini memaparkan tip buat ibu-ibu membahagikan masa antara perniagaan sambil menguruskan anak yang dikongsikan selebriti dan usahawan muda Mila Jirin, menerusi entri akaun instagram beliau, @mila_jirin.

Mila atau nama sebenarnya Norsyarmilla, 32, berharap dengan perkongsian tip berkenaan ia dapat memberi manfaat kepada golongan ibu yang melibatkan diri dalam bidang perniagaan.

“Moga dengan perancangan masa yang betul para ibu berpeluang membahagikan masa sebaik-baiknya.

“Ini penting supaya kita tidak terlepas momen penting melihat pembesaran anak-anak sambil mengembangkan perniagaan,” jelas beliau yang mengusahakan perniagaan, Bizmillah Catering dan Services by Mila Jirin.

Lima tip perkongsian Mila Jirin:

1. Jadual

Pada peringkat ini, lihat pola masa anak-anak seperti waktu tidur dan sesi bermain mereka. Oleh itu, para ibu dapat merancang jadual kerja yang bersesuaian.

“Time table (jadual) saya bermula selepas Subuh memandangkan pada tempoh berkenaan Arif (anak) masih lena diulit mimpi,” ujarnya.

2. Tulis senarai

Penting untuk golongan ibu menyenaraikan perkara atau tugasan yang perlu disiapkan pada keesokan harinya.

Mila yang merupakan bekas pelajar Akademi Fantasia Musim ke-5 (AF5) memberitahu, lazimnya beliau menyiapkan to-do-list setiap malam sebelum tidur, menyemak senarai yang belum dilaksanakan dan menetapkan senarai baharu dalam telefon pintarnya.

3. Giliran masa rehat bersama pasangan

Bincang bersama pasangan untuk giliran hari ‘cuti’ masing-masing. Pada hari berkenaan isikan masa dengan menguruskan perihal penting atau menghadiri mesyuarat penting.

4. Bina tim penggerak

Jika ingin berjaya wanita tidak boleh melakukannya bersendirian, sebaliknya bina pasukan bagi melancarkan perjalanan tugas dan projek syarikat yang lebih berkesan.

5. Rehat secukupnya

Para ibu yang sibuk menguruskan anak dan perniagaan kadangkala tidak mendapat rehat secukupnya. Jadi, bekerjalah mengikut kemampuan, jangan memaksa diri sehingga kesihatan terjejas.

Berehat di sini bukan sahaja merujuk pada tidur, tetapi bermain dengan anak juga membantu merehatkan minda dan menghilangkan tekanan.

Sumber: @mila_jirin



Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: ‘Memang saya tak pernah menyesal’
Next: BMW X3 tampil dengan pakej M Sport

Related Stories

09
  • Business
  • Celebration
  • Collabration
  • Ekonomi
  • Ekspo
  • Gadget
  • Gaya Hidup
  • Industri Kreatif
  • music
  • News
  • Product Launch

vivo V70 FE First Sales Roadshow Janji Pengalaman Interaktif dan Persembahan DOLLA

Syahir Izani April 15, 2026
1000250427
  • Automotive
  • Business
  • Ekspo
  • Event
  • Innovation
  • Launching

SIRIM-Certified ASTRA Reinforces Bateriku’s Commitment to Quality with the Opening of Its Quality Lab

Helmi Aziz August 8, 2025
2
  • Awards
  • Ekspo
  • Music

Universal Music Malaysia Raikan Ikon Muzik di Hall of Fame, Pavilion Malaysia, Ekspo 2025 Osaka, Japan

Helmi Aziz May 14, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.