Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • BNM turunkan OPR sebanyak 25 mata asas kepada 3 peratus
  • ACTIVITY

BNM turunkan OPR sebanyak 25 mata asas kepada 3 peratus

Helmi Aziz May 21, 2019 3 minutes read
301657.jpg

BANK Negara Malaysia (BNM) menurunkan kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 3.00 peratus.

Bank pusat berkata walaupun kedudukan kewangan dan monetari domestik kekal menyokong pertumbuhan ekonomi, namun terdapat beberapa tanda pengetatan kedudukan kewangan.

Bank pusat itu dalam kenyataannya hari ini berkata berikutan penurunan kadar siling dan lantai, koridor OPR masing-masing dikurangkan kepada 3.25 peratus dan 2.75 peratus.

“Pelarasan ke atas OPR dilakukan bagi melindungi tahap akomodatif monetari.

“Ini konsisten dengan pendirian dasar monetari untuk menyokong laluan pertumbuhan yang mantap di tengah-tengah kestabilan harga. Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) akan terus mengawasi dan menilai baki risiko sekitar prospek pertumbuhan dan inflasi domestik,” katanya.

Pasaran kewangan domestik kekal berdaya tahan, walaupun tempoh turun naik terutama disebabkan oleh perkembangan global, katanya.

BNM berkata ekonomi global terus berkembang dengan sederhana.

“Walaupun hasil pertumbuhan bagi beberapa ekonomi utama lebih baik daripada yang dijangkakan pada suku pertama, kedudukan asas ekonomi terus menunjukkan kesederhanaan,” katanya.

Risiko penurunan yang ketara terhadap pertumbuhan global kekal, berpunca daripada ketegangan perdagangan yang belum selesai dan kedudukan berterusan di kebanyakan negara utama, selain aktiviti pelaburan dan perdagangan global yang lembap.

Walaupun pengetatan dalam kedudukan kewangan global telah merosot sedikit, ketidaktentuan dasar yang semakin meningkat boleh menyebabkan pelarasan pasaran kewangan yang besar dan seterusnya menjejaskan unjuran keseluruhan.

“Bagi Malaysia, perkembangan terkini menunjukkan aktiviti ekonomi menyederhana pada suku pertama 2019. Untuk masa depan, keadaan permintaan global yang perlahan dan pertumbuhan rakan dagangan utama yang lemah, akan terus menjejaskan sektor luar,” kata bank pusat itu.

Dalam negara, kedudukan pasaran buruh yang stabil dan pengembangan kapasiti dalam sektor utama akan terus memacu perbelanjaan isi rumah dan modal.

Unjuran dasar adalah untuk ekonomi Malaysia berkembang dalam lingkungan yang diunjurkan sebanyak 4.3 peratus kepada 4.8 peratus.

“Bagaimanapun, terdapat risiko penurunan terhadap pertumbuhan dari ketidaktentuan yang meningkat dalam persekitaran global dan domestik, ketegangan perdagangan dan kelemahan dalam sektor berkaitan komoditi yang berpanjangan,” katanya.

Inflasi keseluruhan meningkat kepada 0.2 peratus pada Mac 2019 berbanding -0.4 peratus pada Februari, terutama inflasi pengangkutan pada -3.0 peratus (Februari: -6.8 peratus).

Inflasi asas, seperti yang diukur oleh inflasi teras, kekal stabil pada 1.6 peratus pada Mac 2019.

Dalam jangka masa terdekat, inflasi dijangka kekal rendah disebabkan oleh langkah-langkah dasar. Ini termasuk harga siling bahan api runcit domestik sehingga pertengahan 2019 dan kesan perubahan dalam dasar cukai penggunaan terhadap inflasi utama.

Bagi keseluruhan 2019, inflasi utama secara puratanya dijangkakan stabil secara menyeluruh berbanding 2018.

“Trajektori inflasi utama akan terus bergantung kepada harga minyak dunia. Inflasi dasar dijangka kekal stabil, disokong oleh peningkatan aktiviti ekonomi yang berterusan dan ketiadaan tekanan permintaan yang kukuh,” katanya. -Bernama



Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Ketahui beza demam biasa, selesema
Next: Obses luar biasa sanggup menginspirasikan sebagai tema perkahwinan

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.