CA Prestige Gold Sdn. Bhd. mengumumkan kerjasama strategik bersama ASTO Hotel sebagai satu langkah baharu untuk mengukuhkan hubungan korporat di samping memberikan lebih banyak manfaat kepada pelanggan, ahli Revolusi Prime Gold serta rangkaian Gold Consultant di seluruh negara. Kerjasama ini turut diraikan menerusi satu sidang media khas dan majlis penyerahan emas fizikal kepada ahli Revolusi Prime Gold yang layak berdasarkan urus niaga yang dilakukan mengikut syarat yang ditetapkan syarikat. Melalui kerjasama ini, ASTO Hotel akan menjadi antara lokasi utama bagi pelaksanaan pelbagai aktiviti CA Prestige Gold termasuk seminar, latihan, persidangan, penginapan dan program pembangunan usahawan. Kemudahan yang disediakan dijangka memberi lebih keselesaan kepada pelanggan dan ahli ketika menyertai program yang dianjurkan. Selain itu, pelanggan serta ahli CA Prime Gold juga akan menikmati kadar istimewa untuk penginapan, penggunaan dewan seminar dan kemudahan hotel. Kedua-dua pihak turut merancang untuk bekerjasama dalam penganjuran pelancaran produk, sidang media serta pelbagai acara korporat pada masa akan datang, sekali gus membuka ruang kepada kerjasama lebih luas antara industri hospitaliti dan perdagangan emas. Pada majlis sama, CA Prestige Gold turut menyerahkan emas fizikal kepada ahli Revolusi Prime Gold sebagai memenuhi proses penyerahan produk yang telah dibeli mengikut kontrak jual beli syarikat. Pihak pengurusan menjelaskan bahawa syarikat menjalankan urusan jual beli emas fizikal serta pengurusan keahlian mengikut undang-undang Malaysia, manakala segala ganjaran atau manfaat yang diterima ahli adalah berdasarkan polisi syarikat dan tidak boleh dianggap sebagai pulangan pelaburan atau jaminan keuntungan. Post navigation Auto ConneXion-Ford Reaches Milestone with Over 24,000 Next-Generation Ford Rangers on Malaysian Roads Since 2022 Young Malaysians Embrace Life’s Little Wins with NESCAFÉ’s New Ready-to-Drink Range