Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • TNB ceburi perniagaan infrastruktur Gentian Optik
  • ACTIVITY

TNB ceburi perniagaan infrastruktur Gentian Optik

Helmi Aziz April 29, 2019 2 minutes read
289744.jpg

TENAGA Nasional Bhd (TNB) bersedia menerokai perniagaan kesalinghubungan yang menyediakan infrastruktur gentian optik bagi jalur lebar berkelajuan tinggi (HSBB) berikutan kejayaan projek perintis Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP) di Jasin, Melaka.

Pengerusinya, Tan Sri Leo Moggie berkata, TNB melihat wujud potensi dalam perniagaan kesalinghubungan dan mempertimbangkan secara berhati-hati untuk menceburi bidang ini.

“Kami cukup bersedia untuk mengambil bahagian pada tahap tertentu dalam bidang-bidang yang terpilih bagi inisiatif kesalinghubungan untuk kelajuan jalur lebar.

“Kejayaan di Jasin menunjukkan bahawa selagi akses daripada pihak ketiga tidak dibenarkan untuk melampaui titik tertentu dalam infrastruktur grid, ia sudah cukup baik bagi mencerminkan jaminan dalam keselamatan,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata berdasarkan kepada projek rintis itu, sokongan daripada kerajaan amat diperlukan jika syarikat mahu memasang infrastruktur gentian optik di kawasan luar bandar berikutan pelaburan yang diperlukan agak besar.

“Jika kami ingin menceburi bidang-bidang yang serupa itu (Jasin), kami perlu berbincang dengan kerajaan,” katanya.

Bagaimanapun, syarikat juga menyaksikan beberapa kelompangan dalam kawasan bandar yang kekurangan akses internet berkelajuan tinggi di mana TNB boleh memainkan peranan tanpa membebankan kerajaan.

Selain itu, beliau berkata sebagai sebuah syarikat tersenarai awam, TNB perlu memikirkan pulangan daripada pelaburan dalam perniagaan kesalinghubungan.

“Kalau kami mahu menceburi bidang ini, perniagaan tersebut harus berbaloi kepada TNB,” katanya.

Katanya, disebabkan perniagaan itu memerlukan kepakaran yang berbeza daripada perniagaan terasnya iaitu bekalan elektrik, syarikat juga perlu mempertimbangkan keupayaan sumber manusia untuk menguruskan perniagaan tersebut.

Projek perintis NFCP membolehkan tiga kawasan kediaman yang terdiri daripada 1,100 isi rumah untuk menikmati kelajuan Internet yang mencecah 1Gbps pada harga yang berpatutan melalui pakej-pakej perkhidmatan jalur lebar yang ditawarkan oleh lapan pemberi perkhidmatan sedia ada.

Leo Moggie ketika bercakap mengenai satu perkembangan lain, memberitahu TNB sedang membangunkan ibu pejabatnya di Bangsar kepada ibu pejabat bergaya kampus yang dilengkapi dengan pusat Islam, dewan konvensyen, pejabat persatuan dan pusat interaktif untuk tenaga elektrik.

Katanya, ibu pejabat baharu ini dirancang untuk mempunyai suasana gaya kampus dengan persekitaran hijau seperti sebuah taman bagi keselesaan kakitangan.

“Konsep ini mencerminkan bahawa golongan muda akan menjadi pendorong ke arah masa hadapan,” katanya.

Ibu pejabat baharu itu diiktiraf dengan pensijilan Indeks Bangunan Hijau (CBI) dengan penarafan GBI Platinum, ia akan dipasang dengan bumbung panel solar, sistem pungutan sampah bersepadu automatik, dinding kaca dua lapis, bumbung hijau dan sistem pengumpulan air hujan.

Ia dijangka siap menjelang 19 Mei 2021 manakala Pusat Islam TNB akan siap pada 31 Mei tahun ini. – Bernama



Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Tuah ‘mengidam’ kereta hot wheels
Next: Kegemukan terlampau Ayra

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.