
Penyanyi legenda tanah air, Dato’ Aishah bakal mengubat kerinduan peminat menerusi sebuah konsert istimewa sempena 40 tahun perjalanan seni beliau yang penuh warna-warni. Diberi judul “Aishah 40 Chapters of Love, Live in Concert”, konsert ini bukan sekadar persembahan biasa, tetapi sebuah perjalanan emosi yang merangkumi kisah cinta, kenangan dan pencapaian sepanjang empat dekad beliau dalam industri muzik.


Setiap lagu yang bakal dipersembahkan membawa makna tersendiri, ibarat helaian demi helaian kisah hidup yang terukir indah, yang lahir daripada cinta terhadap seni dan peminat setia. Konsert ini akan berlangsung pada 4 Julai 2026, jam 8.00 malam di Megastar Arena. Jualan tiket pula akan mula dibuka pada 17 April 2026, tepat jam 3.00 petang.

Tiket konsert ini ditawarkan dalam pelbagai kategori dengan harga yang berbeza mengikut pengalaman tempat duduk, memberikan pilihan kepada peminat untuk menikmati persembahan mengikut keselesaan masing-masing.
- RM788 – VVIP
- RM488 – VIP
- RM488 – Janji Manismu
- RM388 – Sensation
- RM288 – Paradise
- RM238 – Kasih Kita
- RM198 – Pulanglah
- RM168 – Taman Keabadian
Konsert ini dijangka menjadi momen istimewa buat para peminat untuk mengimbau kembali lagu-lagu ikonik seperti Janji Manismu, Pulanglah dan banyak lagi yang pernah menjadi siulan ramai. Bagi yang ingin menjadi sebahagian daripada malam penuh nostalgia ini, tiket boleh didapati secara dalam talian melalui pautan https://www.ticket2u.com.my/Aishah40.
Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan sebuah konsert penuh emosi dan mengimbau kenangan dalam satu malam yang menghargai cinta, muzik serta perjalanan seni Dato’ Aishah selama 40 tahun.