Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • Sport
  • Malaysia Jadi Destinasi Pertama Asia untuk Hot Wheels Monster Trucks Live™: Glow-N-Fire
  • Entertainment
  • Event
  • News
  • Sport

Malaysia Jadi Destinasi Pertama Asia untuk Hot Wheels Monster Trucks Live™: Glow-N-Fire

Farihin Azlan April 10, 2026 (Last updated: April 10, 2026) 2 minutes read
HWMTLive_KVHorizontal

Buat julung kalinya, pertunjukan siaran langsung Hot Wheels Monster Trucks terbesar di dunia bakal berlangsung di Asia. Hot Wheels Monster Trucks Live™: Glow-N-Fire akan memulakan jelajah Asia dengan Malaysia sebagai destinasi pertama pada 16 hingga 17 Oktober 2026 di Unifi Arena Bukit Jalil, menampilkan tiga pertunjukan sepanjang dua hari. Tiket serta maklumat lanjut boleh didapati di Tri-tix.com. Pertunjukan akan berlangsung pada Jumaat, 16 Oktober jam 8.00 malam dengan akses pra-pertunjukan VIP dari jam 5.30 petang hingga 7.00 malam, manakala pada Sabtu, 17 Oktober terdapat dua sesi iaitu jam 1.00 tengah hari dengan akses VIP dari jam 10.30 pagi hingga 12.00 tengah hari serta jam 8.00 malam dengan akses VIP dari jam 5.30 petang hingga 7.00 malam.

Hot Wheels Monster Trucks Live™: Glow-N-Fire dipersembahkan oleh Family Entertainment Live, dengan penganjuran di Malaysia oleh MUSE Group Asia dan Unik Squad. Pertunjukan ini akan menghidupkan trak-trak ikonik kegemaran peminat seperti Mega Wrex™, Tiger Shark™, Gunkster™, Bone Shaker™, Bigfoot® dan Skelesaurus™, selain memperkenalkan trak baharu, Rhinomite yang diinspirasikan daripada badak sumbu. Pengalaman baharu ini turut menampilkan aksi-aksi mendebarkan yang belum pernah dipersembahkan sebelum ini, termasuk aksi No-Handed Front Flip oleh penunggang FMX.

Berikutan kejayaan Glow-N-Fire pada tahun 2025 yang memenangi anugerah Pollstar Family Show of the Year, siri Hot Wheels Monster Trucks Live™ kini bersedia meneruskan momentum ke tahun 2026 dengan jelajah merentasi Amerika Utara, Eropah, Amerika Latin dan kini Asia, dengan Malaysia menjadi lokasi pembuka tirai.

Peminat turut berpeluang menikmati Akses Pra-pertunjukan VIP yang berlangsung dua jam 30 minit sebelum setiap pertunjukan bermula. Pengalaman ini membolehkan peminat turun ke aras arena untuk melihat dengan lebih dekat reka bentuk unik serta saiz epik trak-trak tersebut, selain berpeluang mendapatkan tandatangan daripada pemandu dan bintang kegemaran mereka. Setiap tiket VIP turut disertakan dengan kad autograf, tertakluk kepada ketersediaan.

Tiket untuk Hot Wheels Monster Trucks Live™: Glow-N-Fire akan mula dijual di Tri-Tix pada 16 April 2026 bermula jam 8.00 pagi dengan harga bermula daripada RM118. Harga istimewa untuk kanak-kanak turut ditawarkan bagi semua pertunjukan, menjadikannya pilihan hiburan yang berbaloi untuk seisi keluarga. Peminat juga boleh mendapatkan tiket di lokasi jelajah Hot Wheels Monster Trucks di Pavilion Bukit Jalil dari 16 hingga 26 April untuk menikmati ganjaran eksklusif seperti diskaun 10% dan hadiah misteri Hot Wheels Monster Trucks, terhad kepada 100 pembeli pertama. Untuk maklumat lanjut, layari HotWheelsMonsterTrucksLive.com.

About the Author

Farihin Azlan

Editor

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Teliti Moratorium Bersasar untuk Perkukuh Kuasa Beli Rakyat
Next: Diesel Price Hike Strains Tourism Transport Industry – Targeted Assistance and Interim Surcharge Proposed

Related Stories

  • Artificial Intelligence (AI)
  • ICT
  • News
  • Technology & Innovation
  • Transformasi Digital

Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration

Farihin Azlan May 7, 2026
TRILOGI_MAINKV_NEW (1)
  • Community
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event
  • Lifestyle
  • Music
  • News

Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma

Farihin Azlan May 6, 2026
classicu 2025-10-17 184120.250
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • Music Release
  • News

Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”

Allya Adriana May 6, 2026

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Before Pregnancy Begins: Steps for a Healthier Start to Motherhood
  • Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration
  • Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma
  • Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”
  • Bean Here! Kini di KPTM Ipoh, Dekati Generasi Muda di Institusi Pengajian Tinggi

RSS RSS Feed

  • Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration
  • Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma
  • Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”
  • Bean Here! Kini di KPTM Ipoh, Dekati Generasi Muda di Institusi Pengajian Tinggi
  • 5 Faktor Yang Jadikan “Pewaris Susuk” Antara Filem Paling Diperkatakan

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

PIX 4
  • Community
  • Health & Awareness
  • Lifestyle
  • Sunway Medical Centre
  • Women Health

Before Pregnancy Begins: Steps for a Healthier Start to Motherhood

Farihin Azlan May 7, 2026
  • Artificial Intelligence (AI)
  • ICT
  • News
  • Technology & Innovation
  • Transformasi Digital

Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration

Farihin Azlan May 7, 2026
TRILOGI_MAINKV_NEW (1)
  • Community
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event
  • Lifestyle
  • Music
  • News

Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma

Farihin Azlan May 6, 2026
classicu 2025-10-17 184120.250
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • Music Release
  • News

Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”

Allya Adriana May 6, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.