Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Kenapa Mood Republik buat jualan raya 72 jam tanpa henti
  • ACTIVITY

Kenapa Mood Republik buat jualan raya 72 jam tanpa henti

Helmi Aziz April 19, 2019 4 minutes read
275746.jpg

MOOD Republik Raya KL Fest 2019 meneruskan tradisi menghimpunkan lebih 497 jenama fesyen dan kecantikan popular tanah air selama 72 jam tanpa henti mulai 24 hingga 27 Mei depan.

Selepas enam tahun berkampung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), festival fesyen dan kecantikan itu buat kali pertama akan diadakan di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur.

Ketua Pegawai Eksekutif Mood Republik, Kimi Iskandar Ismail berkata, perubahan lokasi itu adalah satu dimensi ke arah menjadikan MITEC sebagai rumah baharu.

“Isu parkir yang sebelum ini menjadi masalah kepada jutaan pengunjung menjadi perhatian kami setiap tahun. Kerana itu dalam program kali ini lebih 4,000 ruang parkir tersedia memandangkan MITEC terletak bersebelahan Kompleks Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dekat Sri Hartamas.

“Malah kedudukan MITEC amat strategik dengan kemudahan jaringan jalan raya dan lebuh raya utama terus ke lokasi ini memudahkan pengunjung ke sini, “ katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi wawancara khas bersama Sinar Harian sempena majlis pelancaran Mood Republik Raya KL Fest 2019 di Hotel Westin di sini, semalam.

Selain itu, MITEC juga menjalin kerjasama dengan Grab Malaysia serta Rapid bagi memudahkan perjalanan festival kali ini. Katanya, Rapid akan mengambil dan menghantar pengunjung dari stesen LRT Semantan ke MITEC sepanjang festival berlangsung secara percuma.

“Statistik menunjukkan lebih 70 peratus pengunjung hadir ke Mood Republik dari jam 10 malam hingga jam 6 pagi. Majoriti mereka ini datang dengan kenderaan masing-masing. “Hasil kajian yang dibuat pula menunjukkan 77 peratus responden memilih untuk tidak hadir ke Mood Republik kali kedua kerana jalan raya sesak dan ruang parkir terhad. Jadi pemilihan MITEC bertepatan dalam usaha kita mengatasi masalah ini,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif MR, Kimi Iskandar Ismail bersama buku nya Mood Republik CEO Dalam sidang media mempromisikan

Ketua Pegawai Eksekutif MR, Kimi Iskandar Ismail bersama buku nya Mood Republik CEO Dalam sidang media mempromisikan “Boxing Day” Mood Republik Raya yang bakal berlangsung di MiTEC,Kuala Lumpur

Himpun selebriti popular

Mood Republik Raya KL Fest 2019 merupakan satu-satunya festival yang menghimpunkan jenama besar dan eksklusif di bawah satu bumbung.

Kimi Iskandar berkata, tahun ini lebih 497 jenama besar tanah air yang majoritinya dimiliki usahawan Bumiputera terlibat. Turut memeriahkan festival adalah selebriti dan artis terkenal yang membawa jenama masing-masing.

“Mood Republik telah membantu lebih 10,000 usahawan aktif sejak 2014 dan menerima lebih 10 juta pengunjung dengan transaksi jualan melebihi RM500 juta. Tahun ini kita sasarkan jualan RM100 juta membabitkan kirakira 1,000 usahawan dengan 3.3 juta pengunjung.

“Tahun ini, kami membawakan kelainan dan menjalin kerjasama dengan jenama fesyen terkenal, ikon berpengaruh media sosial dan mereka yang terlibat dalam industri kecantikan di negara ini. Mereka inilah yang sentiasa menyokong dan membantu kami sejak hari pertama Mood Republik diperkenalkan,” katanya.

Katanya, 2019 menyaksikan program itu bekerjasama dengan pemilik dan pengasas Leeyana Rahman, Elrah Exclusive, CalaQisya, Minaz, Jubah Souq, Sugarscarf, Radiusite, Shawl Publika, Lily Petuna, Ashh & Annas, Tudung Ruffle dan Jannah Joe.

Ikon berpengaruh media sosial terlibat termasuk Asyallie (Lovelie), Hafiz Mahamad dan Syafiqah Aina (Ainaa Beauty), Datuk Alha Alfa (Alha Alfa Cosmetics), Adira Salahudi (Secret of Adira) dan banyak lagi.

Antara selebriti yang turut menggegarkan Mood Republik kali ini ialah jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri dan Datuk Seri Dr Hasmiza Othman (Datuk Seri Vida), Rozita Che Wan, Nur Fazura, Fattah Amin, Emma Maembong, Zoey Rahman, Mira Filzah, Janna Nick, Scha Al Yahya dan ramai lagi.

“Mereka ini bukan kali pertama bersama kita. Mereka mempunyai pengaruh dan jutaan pengikut yang tinggi di media sosial. Kami sendiri melihat bagaimana perkembangan perniagaan mereka bersama Mood Republik.

“Tahun ini juga adalah tahun kedua termeterainya perjanjian eksklusif antara selebriti premium di bawah label hab fesyen terbesar Starvillion,” katanya.

Katanya, seramai 20 selebriti premium bakal bersama antaranya Wak Doyok, Engku Hariz, Jihan Muse, Khai Bahar, Mia Sara, Zahirah Mac Wilson, Sherry Al Hadad, Farah Nabilah, Hisham Hamid, Nelydia Senrose, Kamal Adli dan Rizman Ruzaini.

Selain itu, festival kali ini turut menampilkan ikon fesyen terkenal Hatta Dolmat, Ezuwan Ismail dan Datuk Jovian Mandagie.

Ketua Pegawai Eksekutif MR, Kimi Iskandar Ismail mempromisikan

Ketua Pegawai Eksekutif MR, Kimi Iskandar Ismail mempromisikan “Boxing Day” Mood Republik Raya yang bakal berlangsung di MiTEC,Kuala Lumpur

Kelainan Mood Republik

Kimi Iskandar berkata, Mood Republik Raya KL Fest 2019 kali ini menampilkan pengacara selebriti iaitu Sharifah Shahira, Raja Azura, Zulin Aziz serta Ah Fad.

“Pada penganjuran kali ini juga, tradisi hujan duit tidak lagi diadakan tetapi digantikan dengan pemberian sampul duit raya dan baucar tunai berjumlah lebih RM50,000 di samping diskaun sehingga 80 peratus.

“Kami percaya dengan kepakaran kempen pemasaran yang agresif, disokong lebih 10 juta pelanggan, ikon berpengaruh dan penaja, ia bakal menggamatkan negara dengan festival raya premium yang ditunggu-tunggu setiap tahun,” katanya.

Sementara pada majlis pelancaran itu juga diumumkan barisan penajaan iaitu Affin Bank, rakan jalur lebar rasmi Unifi dan rakan media, Astro selain kerjasama dengan Kementerian Pembangunan Usahawan.

Selain Kuala Lumpur, Mood Republik Raya KL Fest 2019 juga akan diadakan di Hotel Grand Riverview, Kota Bharu, Kelantan pada 10 dan 11 Mei; Pusat Konvensyen Antarabangsa Sultan Ahmad Shah, Kuantan, Pahang (1 dan 2 Jun) dan di Pusat Konvensyen dan Hotel Tabung Haji Alor Setar, Kedah pada 31 Mei dan 1 Jun.



Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Janganlah tipu kanak-kanak
Next: Dua pemuzik berbakat dalam pembikinan

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.