Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • Entertainment
  • PARAXNORMAL Menyatukan Unsur Psikologi, Komedi Gelap dan Kisah Persahabatan
  • Community
  • Entertainment
  • Event
  • Filem
  • Launching
  • Movie

PARAXNORMAL Menyatukan Unsur Psikologi, Komedi Gelap dan Kisah Persahabatan

Helmi Aziz September 2, 2025 (Last updated: September 2, 2025) 2 minutes read
Official Poster - Paraxnormal

Paraxnormal hadir sebagai sebuah filem seram psikologi komedi yang menawarkan nafas baharu dalam sinema tempatan. Dihasilkan oleh Nanord Studio Production, karya ini merangkumkan elemen seram, psikologi, humor gelap serta pergolakan persahabatan. Penerbitnya, Nurul Ain Nordin menjelaskan bahawa Paraxnormal tidak hanya mengangkat kisah makhluk ghaib, sebaliknya menyelami sisi gelap manusia seperti tamak, dendam dan pengkhianatan. Idea asal tercetus secara spontan sewaktu perbualan santai bersama sahabatnya, Epy Kodiang yang juga bertindak sebagai pelakon dan penulis skrip. Berbekalkan pengalaman mereka dalam menghasilkan karya seram komedi sebelum ini, lahirlah Paraxnormal yang diharap bukan sahaja menghiburkan tetapi turut menyampaikan mesej mendalam bahawa ketakutan sebenar kadangkala datang daripada orang terdekat.

Kisahnya berpusat pada empat sahabat yang tanpa sengaja berdepan pengalaman menakutkan ketika merancang rompakan di sebuah vila terbiar. Vila itu dipercayai berhantu dan menyimpan harta lebih RM10 juta, namun apa yang mereka hadapi jauh lebih mengerikan daripada sekadar gangguan makhluk halus. Tarikan filem ini turut terletak pada barisan pelakonnya, menampilkan gandingan pelakon mapan dan bakat baharu seperti Joey Daud sebagai Yasin, Azhan Rani sebagai Asri, Epy Kodiang sebagai Fateh, Amir Nafis sebagai Anas serta sokongan Ellie Suriaty Omar dan Kamarool Haji Yusoff. Gabungan pelbagai generasi ini berjaya mewujudkan keserasian yang memperkukuh kekuatan naskhah tersebut.

Menariknya, Paraxnormal pada mulanya dirancang sebagai Super Telemovie pada tahun 2023. Namun selepas menilai kekuatan jalan ceritanya, ia diangkat ke layar perak. Sepanjang penggambaran, produksi berdepan pelbagai cabaran teknikal termasuk peralatan yang rosak dan insiden misteri yang sukar dirungkaikan. Ada kru mendakwa terlihat dua kelibat Ain pada masa yang sama, selain kejadian penolong pengarah tiba-tiba mengamuk dan jatuh pengsan sehingga penggambaran terhenti seketika. Dengan semua pengalaman itu, Ain berharap Paraxnormal yang akan menemui penonton di pawagam seluruh negara mulai 28 Ogos 2025 dapat diterima baik serta meninggalkan impak tersendiri dalam dunia perfileman seram tempatan.

Sinopsisnya mengisahkan empat rakan karib bernama Yasin, Asri, Fateh dan Anas yang terpisah sejak kecil. Tiga dekad kemudian, mereka dipertemukan semula dan Anas mencadangkan satu idea berbahaya iaitu merompak Vila Casablanca, sebuah bangunan usang yang terkenal dengan kisah seram. Namun apa yang menanti mereka ternyata lebih menakutkan daripada sekadar hantu.

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Hotel Premiera Sajikan Warisan Kuliner dalam Hi-Tea Merdeka Bersama Chef Selebriti Dr. Liza Zainol
Next: Ewon: Silent Teddies Bukti Kejayaan Usahawan Sosial Malaysia

Related Stories

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.