Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • Food
  • Langkah Kecil, Impak Besar: Cara Wanita Kekal Konsisten Demi Kesihatan Menyeluruh
  • Community
  • Food
  • Health

Langkah Kecil, Impak Besar: Cara Wanita Kekal Konsisten Demi Kesihatan Menyeluruh

Helmi Aziz June 26, 2025 (Last updated: June 26, 2025) 4 minutes read
Photo 3

Menjelang pertengahan tahun 2025, inilah masa yang sesuai untuk para wanita di seluruh Malaysia menilai semula tahap kesihatan dan kesejahteraan diri. Dalam kesibukan mengimbangi kerjaya dan tanggungjawab keluarga, ramai wanita sering memainkan peranan utama sebagai penjaga. Keadaan ini boleh meningkatkan tekanan emosi dan fizikal yang memberi kesan jangka panjang terhadap kesihatan. Tekanan kronik berisiko melemahkan sistem imun, mengganggu keseimbangan hormon, menjejaskan tidur, serta meningkatkan risiko penyakit seperti kardiovaskular, gangguan autoimun dan kemurungan. Oleh itu, penting bagi wanita memahami keperluan tubuh mereka dan mengambil langkah proaktif dalam penjagaan kesihatan.

Antara aspek yang wajar diberi perhatian ialah kesihatan jantung. Penyakit kardiovaskular (CVD) merupakan penyebab utama kematian wanita di Asia, dengan kadar kematian sebanyak 467.2 bagi setiap 100,000 penduduk pada tahun 2019. Namun, CVD sering kali tidak dikesan awal kerana kurangnya kesedaran dan salah tanggapan dalam kalangan penyedia penjagaan kesihatan serta masyarakat. Justeru, pemeriksaan berkala terhadap tekanan darah, paras kolesterol, obesiti dan diabetes adalah penting. Gaya hidup sihat termasuk senaman berkala, pemakanan seimbang dan aktiviti seperti yoga serta meditasi dapat membantu menurunkan tekanan darah, memperbaiki aliran darah dan mengekalkan fungsi jantung yang sihat.

Pemakanan yang sihat memberi kesan besar terhadap kesihatan jantung. Diet yang merangkumi buah-buahan segar, sayur-sayuran berwarna-warni, protein tanpa lemak dan bijirin penuh membekalkan nutrien penting kepada tubuh. Makanan kaya asid lemak omega-3 dan fitonutrien seperti ikan berlemak, biji rami, kacang walnut, biji labu dan kacang soya juga menyumbang kepada kesihatan jantung. Selain itu, memberi tumpuan kepada keseimbangan hormon juga penting, terutamanya dalam melalui fasa haid, kehamilan dan menopaus yang boleh menyebabkan ketidakselesaan dan masalah kesuburan.

Zat besi adalah nutrien penting dalam mengawal keseimbangan hormon wanita. Ia merupakan komponen utama hemoglobin yang membawa oksigen ke seluruh tubuh. Kehilangan zat besi semasa haid memerlukan wanita mendapatkan cukup nutrien ini daripada pemakanan harian. Sayur-sayuran seperti kangkung dan peria mengandungi zat besi yang boleh membantu menampung keperluan harian. Ketidakseimbangan hormon juga boleh ditangani melalui pengubahsuaian gaya hidup, pemakanan sihat, aktiviti fizikal serta sokongan sosial dan penjagaan kesihatan secara berterusan.

Vipada Sae-Lao, Nutrition Education and Training Lead – Asia Pacific, Herbalife

Masalah sarkopenia atau penyusutan jisim otot rangka secara semula jadi turut menjadi kebimbangan apabila usia meningkat, terutamanya dalam kalangan wanita. Kehilangan kekuatan otot boleh meningkatkan risiko jatuh dan patah tulang, terutama di bahagian pinggul. Statistik menunjukkan lebih 95% kes patah tulang pinggul berpunca daripada terjatuh, dan insiden ini lebih tinggi dalam kalangan wanita. Osteoporosis pula berlaku apabila kalsium dalam tulang berkurang, menyebabkan tulang menjadi rapuh. Risiko osteoporosis turut meningkat semasa menopaus, apabila hormon estrogen menurun dan menjejaskan ketumpatan tulang.

Senaman seperti aerobik dan latihan rintangan dapat membantu menguatkan otot dan mengekalkan ketumpatan tulang. Pemakanan yang mencukupi dengan kandungan protein tinggi juga penting untuk melambatkan sarkopenia. Menurut Garis Panduan Nutrien Disarankan (RNI) oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, warga emas disarankan mengambil 1.0 hingga 1.2 gram protein bagi setiap kilogram berat badan setiap hari. Sayur-sayuran hijau, tauhu serta produk tenusu seperti susu, keju dan yogurt boleh membantu memenuhi keperluan kalsium. Selain itu, vitamin D penting untuk membantu tubuh menyerap kalsium dengan lebih berkesan, dan boleh diperoleh melalui ikan berlemak, kuning telur serta suplemen pemakanan.

Amalan harian seperti tidur mencukupi, kekal aktif dan pengurusan tekanan yang baik dapat membantu wanita mengelakkan cabaran kesihatan jangka panjang. Kajian juga menunjukkan bahawa aktiviti fizikal secara berkumpulan bukan sahaja meningkatkan kesihatan fizikal, malah memupuk semangat komuniti dan menyokong kesihatan mental. Aktiviti seperti kelas kecergasan, berjalan kaki secara berkumpulan atau sukan berkumpulan boleh membantu wanita berasa lebih disokong, sekali gus mengurangkan rasa terasing atau kesunyian.

Kesedaran tentang kesihatan wanita semakin meningkat, namun masih banyak usaha yang perlu digerakkan. Melalui pendidikan, penjagaan diri, dan akses kepada perkhidmatan kesihatan yang lebih baik, wanita boleh diberdayakan untuk lebih bertanggungjawab terhadap kesihatan mereka sendiri. Kesihatan yang baik bukan sahaja memberi manfaat kepada diri sendiri, malah menyumbang kepada kesejahteraan keluarga dan masyarakat secara keseluruhan.

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: The Icon Reimagined: Mercedes-Benz Unveils All-Electric G 580 with EQ Technology
Next: Kick-Off at New Heights: KL Tower’s First Penalty Shootout Tournament Scores Big with the Community

Related Stories

Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Contractors
  • Business & Industry
  • Community
  • Construction
  • Industry & Manufacturing
  • News
  • Real Estate

Industry Workshop by Nippon Paint and CIDB Addresses Gaps in Flooring Standards for High-Tech Industries

Farihin Azlan May 7, 2026
PIX 4
  • Community
  • Health & Awareness
  • Lifestyle
  • Sunway Medical Centre
  • Women Health

Before Pregnancy Begins: Steps for a Healthier Start to Motherhood

Farihin Azlan May 7, 2026

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.