Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • Entertainment
  • PASCA KAU PERGI – Syed Irfan galas tanggungjawab sebagai tulang belakang keluarga di usia remaja
  • Drama
  • Entertainment

PASCA KAU PERGI – Syed Irfan galas tanggungjawab sebagai tulang belakang keluarga di usia remaja

Helmi Aziz June 18, 2025 3 minutes read
PKP Poster

Apabila ujian datang tanpa henti dan kasih mula menjauh, mampukah sesebuah keluarga terus bertahan di ambang kehancuran? Pasca Kau Pergi membawa kisah menyayat hati tentang cinta, pengorbanan dan realiti hidup yang penuh tekanan, menerusi perjalanan seorang remaja yang terpaksa menjadi pelindung keluarganya ketika dunia dewasa semakin menjauh.

Ditayangkan bermula 20 Jun 2025, setiap Isnin hingga Jumaat jam 7.00 malam di slot Akasia TV3, drama bersiri ini turut boleh distrim secara percuma menerusi platform iQIYI pada pukul 8.00 malam.

Diterbitkan oleh KL Motion Pictures dan diarahkan oleh Rashidi Ishak, Pasca Kau Pergi merupakan drama 13 episod yang mengetengahkan kisah penuh emosi berteraskan nilai kekeluargaan, cabaran hidup serta beban tanggungjawab yang terlalu berat untuk usia muda.

Barisan pelakon hebat seperti Liyana Jasmay, Johan As’ari, Syed Irfan, Qaidah Marha, Fiyya Amsyar, Zamarul Hisham dan Nadiya Nisaa digandingkan bagi menghidupkan watak-watak yang sarat konflik dan rasa, menjanjikan perjalanan emosi yang mendalam dan penuh kejutan.

Kisah bermula dengan Zulkifli (Johan As’ari), seorang ayah penyayang dan usahawan berjaya yang hidup bahagia bersama isterinya Azlina (Liyana Jasmay) dan tiga anak mereka. Namun, segalanya berubah apabila satu tragedi menyebabkan Zulkifli lumpuh sepenuhnya. Ujian ini mengubah keseluruhan dinamik keluarga, memaksa mereka berdepan dengan tekanan dan pergolakan dalaman yang tidak dijangka.

Dalam kekalutan itu, anak sulung mereka, Faris (Syed Irfan), bangkit menjadi tonggak keluarga. Dalam usia remaja, Faris terpaksa memikul tanggungjawab orang dewasa menjaga ayah yang terlantar dan adik-adik yang masih kecil, sambil menyembunyikan beban emosinya sendiri.

“Membawakan watak Faris bukan sekadar lakonan ia satu pengalaman mendalam. Saya perlu menyelami rasa seorang remaja yang kehilangan tempat bergantung dan dipaksa dewasa sebelum waktunya,” kata Syed Irfan.

Tambahnya lagi, “Saya harap penonton dapat memahami perasaan watak Faris, dan melihat bahawa di luar sana, mungkin ada remaja sebenar yang sedang melalui penderitaan seperti ini dalam diam.”

Pasca Kau Pergi memberi gambaran jujur tentang keretakan sistem sokongan keluarga, tekanan ekonomi, serta emosi yang sering terabai. Ia mengangkat suara mereka yang jarang diberi perhatian, terutama anak-anak yang terpaksa dewasa sebelum waktunya. Di sebalik segala cabaran, terserlah kasih dan ketabahan seorang anak yang menjadi harapan terakhir sebuah keluarga yang hampir rebah.

Penonton VIP iQIYI boleh menonton episod terkini secara ekspres setiap hari jam 8.00 malam. Episod juga boleh distrim secara percuma 48 jam selepas tayangan asal. Muat turun aplikasi iQIYI di App Store atau Play Store hari ini.

Sejak diperkenalkan di Malaysia pada tahun 2020, iQIYI telah mencatat pertumbuhan pengguna lebih 15 kali ganda dan kini menjadi antara platform penstriman Asia paling popular di negara ini berdasarkan jumlah muat turun, pengguna aktif bulanan dan masa tontonan.

Ikuti info terkini mengenai drama ini di laman sosial rasmi TV3 di Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram (@TV3Malaysia), serta Instagram rasmi Drama Sangat di @dramasangat.

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: KERJASAMA STRATEGIK UOA ACADEMY DAN INDUSTRI HOSPITALITI PACU PEMBANGUNAN KOMUNITI MELALUI TVET
Next: Ejen Ali The Movie 2 Best Gile! Harley Owners Group Kuala Lumpur Bawa Anak-Anak Yatim Tengok Wayang!

Related Stories

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.