Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Ekspo
  • Universal Music Malaysia Raikan Ikon Muzik di Hall of Fame, Pavilion Malaysia, Ekspo 2025 Osaka, Japan
  • Awards
  • Ekspo
  • Music

Universal Music Malaysia Raikan Ikon Muzik di Hall of Fame, Pavilion Malaysia, Ekspo 2025 Osaka, Japan

Helmi Aziz May 14, 2025 (Last updated: May 14, 2025) 3 minutes read
2

Universal Music Malaysia dengan bangganya mengumumkan pameran khas yang menampilkan empat ikon muzik Malaysia yang paling berpengaruh dan ikonik di Hall of Fame Malaysia, yang terletak di dalam Pavilion Malaysia sempena Ekspo 2025 Osaka, Japan. Pameran ini memberi penghormatan kepada legasi luar biasa dan perjalanan berterusan Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Tan Sri P. Ramlee, Ernie Zakri, serta kumpulan pop wanita terkenal, DOLLA, yang berlangsung dari bulan April hingga Oktober tahun ini.

Hall of Fame Malaysia merupakan tarikan budaya utama pavilion ini, yang meraikan kecemerlangan negara melalui penceritaan dan pengalaman audiovisual. Setiap artis yang dipilih mewakili era yang berbeza dalam evolusi muzik Malaysia daripada zaman kegemilangan Tan Sri P. Ramlee sehinggalah kepada pengaruh global masa kini oleh DOLLA. Pameran ini memaparkan bagaimana muzik Malaysia telah merentas sempadan dan memberi inspirasi kepada pelbagai generasi.

Pengunjung ke Hall ini akan dapat menyaksikan Tan Sri P. Ramlee, legenda ikonik perfileman dan muzik Melayu; sorotan perjalanan luar biasa kerjaya Dato’ Sri Siti Nurhaliza, suara kesayangan rakyat Malaysia; fokus kepada kebangkitan Ernie Zakri sebagai vokalis unggul dan peneraju dalam muzik pop Melayu moden; serta penghargaan terhadap pengaruh berani DOLLA sebagai kumpulan wanita generasi baharu yang mengangkat muzik pop Malaysia ke peringkat antarabangsa.

Ini bukan sekadar penghormatan, ia adalah satu pernyataan tentang jiwa kreatif Malaysia. Ekspo 2025 Osaka dijangka menarik jutaan pengunjung dari seluruh dunia, menjadikan Hall of Fame Malaysia sebagai pengalaman yang wajib dikunjungi bagi mereka yang ingin memahami kedalaman dan kepelbagaian seni Malaysia.

Tabby, salah seorang anggota DOLLA, menyatakan, “2025 merupakan tahun yang sangat mengujakan bagi kami. Kami telah meneroka genre dan bunyi baharu, dan secara jujurnya, ia tentang pertumbuhan diri. Kami sentiasa berkembang, dan arah muzik baharu ini adalah cerminan keberanian kami untuk menjadi lebih tulen dalam karya seni kami. Peminat boleh menjangkakan muzik yang masih kedengaran seperti DOLLA, tetapi dengan lebih keberanian, kematangan dan keikhlasan. Sejak kemunculan kami pada 2019, kami telah berkembang begitu banyak, bukan sahaja sebagai penghibur, tetapi sebagai ‘sisters’. Kami telah belajar untuk saling mempercayai, dan tenaga itu dapat dirasai dalam setiap apa yang kami lakukan.

Kami juga menerima begitu banyak sokongan daripada para peminat, terutamanya iDOLLAs, yang terus memberikan kami semangat dengan kasih sayang mereka. Dilantik ke dalam Hall of Fame Malaysia di Osaka adalah satu penghormatan yang amat besar buat kami, dan kami ingin mengucapkan terima kasih kepada MITI kerana bukan sahaja mengiktiraf kami di tanah air, tetapi juga di peringkat antarabangsa. Kami berbangga mewakili Malaysia dan berharap lebih banyak pencapaian menanti kami pada masa akan datang.”

Sebagai penutup, Ernie Zakri turut meluahkan rasa syukur dan berkata, “Saya sangat berbesar hati dan bersyukur pada masa yang sama kerana perjalanan kerjaya saya sepanjang beberapa tahun ini telah diiktiraf dan dihargai oleh semua, terutamanya para pendengar di Malaysia. Disebabkan kejayaan ini, nama saya kini telah ditempatkan di Hall of Fame Osaka. Sudah tentu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada keluarga Universal Music Malaysia dan juga para peminat yang tidak pernah berhenti menyokong serta sentiasa menantikan apa sahaja projek baharu daripada saya. Saya gembira dan bersyukur pada masa yang sama.”

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Celebrate Parent’s Day with “Your Moments, Our Memories” – A Tribute to Love, Legacy, and Portrait Perfection with vivo V50
Next: Vivo V50 Lite 5G Launches with Triple Freebies and Power-Packed Performance on Lazada Mall

Related Stories

TRILOGI_MAINKV_NEW (1)
  • Community
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event
  • Lifestyle
  • Music
  • News

Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma

Farihin Azlan May 6, 2026
ST1_8581
  • Awards
  • Community
  • Entertainment
  • News

Pentas Anugerah Seni Cameronian BOH Ke-21 Jadi Saksi Kolaborasi Hebat Merentas Disiplin dan Teknologi

Allya Adriana May 5, 2026
AWIE ROCK KING POSTER
  • Community
  • Entertainment
  • Event
  • lagu
  • Lifestyle
  • Live Concerts
  • Music
  • News

Last Man Standing 2026: Awie Kembali Gegar Pentas Ikonik Stadium Merdeka

Farihin Azlan May 5, 2026

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Before Pregnancy Begins: Steps for a Healthier Start to Motherhood
  • Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration
  • Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma
  • Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”
  • Bean Here! Kini di KPTM Ipoh, Dekati Generasi Muda di Institusi Pengajian Tinggi

RSS RSS Feed

  • Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration
  • Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma
  • Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”
  • Bean Here! Kini di KPTM Ipoh, Dekati Generasi Muda di Institusi Pengajian Tinggi
  • 5 Faktor Yang Jadikan “Pewaris Susuk” Antara Filem Paling Diperkatakan

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

PIX 4
  • Community
  • Health & Awareness
  • Lifestyle
  • Sunway Medical Centre
  • Women Health

Before Pregnancy Begins: Steps for a Healthier Start to Motherhood

Farihin Azlan May 7, 2026
  • Artificial Intelligence (AI)
  • ICT
  • News
  • Technology & Innovation
  • Transformasi Digital

Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration

Farihin Azlan May 7, 2026
TRILOGI_MAINKV_NEW (1)
  • Community
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event
  • Lifestyle
  • Music
  • News

Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma

Farihin Azlan May 6, 2026
classicu 2025-10-17 184120.250
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • Music Release
  • News

Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”

Allya Adriana May 6, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.