Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • CONCERT
  • Melly Goeslaw Kembali dengan Konsert “Prom Nite” Pada 31 Mei Ini!
  • CONCERT
  • Music

Melly Goeslaw Kembali dengan Konsert “Prom Nite” Pada 31 Mei Ini!

Helmi Aziz January 22, 2025 (Last updated: January 23, 2025) 2 minutes read
DSCN1721

Setelah sekian lama meninggalkan momen penuh kenangan dengan dua siri konsert terdahulu, sang genius muzik dan penyanyi tersohor Indonesia, Melly Goeslaw kembali menyapa peminat dengan penuh kasih. Kali ini, beliau membawa sebuah janji yang akan menyempurnakan nostalgia dan merangkul semula memori indah peminatnya melalui Konsert Ada Apa Dengan Melly…? Prom Nite.

Bersiaplah untuk malam penuh magis ini yang bakal berlangsung pada 31 Mei 2025, bertempat di Axiata Arena, bermula jam 8.30 malam.

Selepas fenomena Back To School dan Malam Graduasi, kini tiba masanya untuk penonton menghadiri malam penuh glamor dan elegan, Ada Apa Dengan Melly…? Prom Nite. Acara ini bukan sekadar konsert, tetapi sebuah pesta keraian yang menjanjikan pengalaman tak terlupakan, seiring dengan perjalanan muzik Melly selama ini.

“Ada Apa Dengan Melly…? Prom Nite adalah kesinambungan impian kami di Icon Entertainment. Siri ini sudah dirancang sejak 2023, dan Alhamdulillah, kami bersyukur ia akhirnya direalisasikan,” ujar Iman Tang, pengasas Icon Entertainment.

Menurutnya, acara ini bukan hanya penghormatan kepada karya-karya Melly, tetapi juga sebagai medium untuk peminat bernostalgia dengan kenangan indah daripada dua siri sebelumnya.

“Tema Dress To Kill dipilih untuk menjadikan malam ini lebih istimewa. Hadirkan diri kalian dengan busana paling anggun dan elegan untuk menghidupkan malam prom ini, sebuah pertemuan semula yang pasti dikenang,” tambah Iman.

Mengangkat konsep prom, acara ini mengundang penonton untuk hadir dalam gaya paling memukau. Sama ada anda datang sebagai individu yang ingin meraikan karya Melly atau bersama rakan-rakan lama, ini adalah malam untuk mencipta kenangan baru yang tak ternilai.

Melly sendiri menyatakan keterujaannya menyambut malam penuh magis ini. “Ini bukan sekadar konsert, tetapi malam istimewa yang akan membawa kita semua kembali ke terowong masa. Persiapkan diri kerana ini akan menjadi momen paling tak terlupakan dalam hidup kita semua,” katanya.

Bersiaplah untuk ‘berperang’ mendapatkan tiket, kerana malam ini adalah pengalaman sekali seumur hidup.

Kategori & Harga Tiket

  • Prom Kayangan: RM558
  • Pesona Malam: RM428
  • Malam Dipagari Bintang: RM328
  • Gala Glamor (Standing): RM258
  • Magis Cahaya Bulan: RM228

Tiket boleh didapati di www.ticket2u.com.my.

Maklumat Acara

  • Acara: Ada Apa Dengan Melly…? Prom Nite
  • Artis: Melly Goeslaw
  • Tarikh: 31 Mei 2025
  • Lokasi: Axiata Arena
  • Masa: 8.30 malam
  • Penganjur: Icon Entertainment

Jangan lepaskan peluang untuk menyertai malam keraian paling dinanti ini. Dengan persembahan luar biasa dan suasana penuh glamor, Ada Apa Dengan Melly…? Prom Nite akan menjadi malam penuh kenangan yang takkan terulang lagi.

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: CALPIS SODA ONE IN A MILLION: PERTEMPURAN TOP 6 SEMAKIN MEMUNCAK!
Next: Raikan Ramadan dengan Sentuhan Retro Klasik di Hotel Premier Kuala Lumpur

Related Stories

TRILOGI_MAINKV_NEW (1)
  • Community
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event
  • Lifestyle
  • Music
  • News

Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma

Farihin Azlan May 6, 2026
AWIE ROCK KING POSTER
  • Community
  • Entertainment
  • Event
  • lagu
  • Lifestyle
  • Live Concerts
  • Music
  • News

Last Man Standing 2026: Awie Kembali Gegar Pentas Ikonik Stadium Merdeka

Farihin Azlan May 5, 2026
WhatsApp Image 2026-05-04 at 09.45.19
  • Collabration
  • Entertainment
  • Live Concerts
  • Music
  • News

Revolusi Metal! Cromok & Barbarik Janji Gegaran Luar Biasa Di Konsert Black On White

Allya Adriana May 4, 2026

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.