Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • Event
  • Gardenia QuickBites Cipta Sejarah di Malaysia Book of Records!
  • Event

Gardenia QuickBites Cipta Sejarah di Malaysia Book of Records!

Helmi Aziz June 14, 2024 (Last updated: June 14, 2024) 3 minutes read
DSC03823

Gardenia QuickBites telah mencipta sejarah dengan menerima pengiktirafan daripada The Malaysia Book of Records untuk ‘Most Wall Murals In A Branding Campaign’. Pengiktirafan ini diterima semasa majlis Penyampaian Anugerah QuickBites 2024 ‘Minda Sihat, Cergas Fizikal’ yang diadakan di Hotel Renaissance, petang tadi.

Ini merupakan pengiktirafan pertama kali yang diterima oleh Gardenia daripada The Malaysia Book of Records. Pencapaian ini diharapkan menjadi pemangkin kepada lebih banyak impak positif untuk masyarakat.

Program ‘Minda Sihat Cergas Fizikal’ bersama QuickBites 2024 telah memberikan manfaat kepada lebih 130,000 murid dan guru dari lebih 120 sekolah menengah di seluruh Semenanjung Malaysia. Pertandingan mural yang dianjurkan dalam program ini bukan sahaja mendorong kreativiti tetapi juga mempromosikan gaya hidup sihat mental dan fizikal.

SMK Seksyen 24 (2), Shah Alam berjaya membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai RM5,000.00, sementara SMK Bukit Kepayang dan SMK Seremban 2 masing-masing memenangi tempat pertama dan kedua dengan hadiah wang tunai RM3,000 dan RM2,000. SMK Wangsa Maju Seksyen 2 pula menduduki tempat ketiga dengan hadiah wang tunai RM1,000.

Majlis tersebut disempurnakan oleh Tuan Haji Azman bin Mashuri, Timbalan Pengarah, Sektor Perancangan dan Pengurusan Sekolah 2, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bersama Puan Lavinia Anthony, Pengurus Pemasaran Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd.

Tuan Haji Azman menyatakan, “Pertandingan mural ini membolehkan murid dan guru menyerlahkan kreativiti serta bakat mereka sambil memfokuskan kepada gaya hidup sihat. Ini selaras dengan hasrat KPM untuk melahirkan generasi holistik dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani.”

Lavinia Anthony menegaskan bahawa program ini bertujuan untuk memperkasakan bakal pemimpin melalui aktiviti yang menggalakkan gaya hidup sihat secara holistik. “Melalui program ini, QuickBites berharap dapat meningkatkan kesedaran murid tentang pentingnya menjaga kesihatan mental,” tambahnya.

Pertandingan mural yang berlangsung dari Februari hingga Mei melibatkan kerjasama antara murid dan guru untuk menghasilkan mural bertemakan ‘Minda Sihat, Cergas Fizikal’. Sekolah-sekolah yang mengambil bahagian perlu menghantar hasil karya mereka kepada QuickBites pada 24 Mei untuk dinilai.

“Gardenia QuickBites berbesar hati menyediakan platform ini bersama Kementerian Pendidikan Malaysia. Aktiviti ini bukan sahaja membina kenangan menyeronokkan tetapi juga menyemarakkan semangat daya saing yang sihat dalam diri murid dan guru,” ujar Lavinia lagi.

QuickBites komited untuk terus menganjurkan program-program yang menyampaikan mesej positif tentang kepentingan kesihatan mental dan fizikal. QuickBites menawarkan pelbagai pilihan roti dengan 10 variasi perisa yang boleh didapati di seluruh Semenanjung Malaysia.

Senarai Pemenang Anugerah QuickBites 2024 ‘Minda Sihat, Cergas Fizikal’

  1. Hadiah Utama: SMK Seksyen 24 (2), Selangor – Wang tunai RM5,000 beserta Sijil Penghargaan
  2. Tempat 1: SMK Bukit Kepayang, Negeri Sembilan – Wang tunai RM3,000 beserta Sijil Penghargaan
  3. Tempat 2: SMK Seremban 2, Negeri Sembilan – Wang tunai RM2,000 beserta Sijil Penghargaan
  4. Tempat 3: SMK Wangsa Maju Seksyen 2, Kuala Lumpur – Wang tunai RM1,000 beserta Sijil Penghargaan
  5. Saguhati: SMK Bandar Puncak Jalil, Selangor – Wang tunai RM500 beserta Sijil Penghargaan
  6. Saguhati: SMJK Ave Maria Convent, Perak – Wang tunai RM500 beserta Sijil Penghargaan

Gardenia QuickBites sentiasa berusaha untuk menyebarkan keceriaan melalui produk-produk mereka dan berharap untuk terus memberikan impak positif kepada komuniti.

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Kuala Ampang Basketball Court Gets a Fresh Look Through Sun Life Malaysia’s Hoops+Health Initiative
Next: Peluang Menang Besar dengan Cabaran Tarian ‘Bey Sobar Bey’ di TikTok

Related Stories

TRILOGI_MAINKV_NEW (1)
  • Community
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event
  • Lifestyle
  • Music
  • News

Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma

Farihin Azlan May 6, 2026
  • Artificial Intelligence (AI)
  • Event
  • Industry & Manufacturing
  • News
  • Technology & Innovation

Exploring the Future of Smart Manufacturing at SEMICON Southeast Asia 2026

Farihin Azlan May 6, 2026
AWIE ROCK KING POSTER
  • Community
  • Entertainment
  • Event
  • lagu
  • Lifestyle
  • Live Concerts
  • Music
  • News

Last Man Standing 2026: Awie Kembali Gegar Pentas Ikonik Stadium Merdeka

Farihin Azlan May 5, 2026

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.