Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • Filem
  • SELEKSI RANCANGAN SYAWAL MENYEBAR KEINSANAN TV ALHIJRAH 1445H
  • Filem

SELEKSI RANCANGAN SYAWAL MENYEBAR KEINSANAN TV ALHIJRAH 1445H

Helmi Aziz April 5, 2024 4 minutes read

Aidilfitri diraikan di TV AlHijrah dengan tema Syawal Menyebar Keinsanan. 13 seleksi rancangan istimewa akan disajikan buat penonton. Kesemua rancangan ini bermatlamat mengeratkan perhubungan manusia dengan Yang Esa dan perhubungan manusia sesama manusia sebagai pedoman penting di dalam memahami kehidupan yang hakiki.

13 rancangan Syawal pelbagai genre adalah Assalamualaikum Istimewa Syawal, Camca Syawal, Cinta Ilmu Raya Taranum Challenge Raya, Episod Akhir Risalah Imam Al-Syafie, Hijrah Berselawat, Carta 114 Raya, Ketika Cinta Bertasbih 1 dan 2, Filem Mimpi Ananda Raih Semesta, Filem Suami Yang Menangis, Filem 5 Penjuru Masjid, Tau-Tau Dah Raya dan Tau Tau Dah Raya Akademi Qurra’.

Menurut Pemangku Pengurus Kanan Jabatan Pengurusan Kandungan, Zulkarnaen Mokhtar, TV AlHijrah akan terus menghidangkan rancangan-rancangan membaja nurani sepanjang sambutan Aidilfitri.

“Kejayaan siaran Ramadan tahun ini boleh dijadikan kayu ukur dalam mensasarkan kejayaan siaran di bulan Syawal.

“Data Nielsen Media Research mendedahkan jumlah tontonan TV AlHijrah sejak bersiaran awal Ramadan lalu sehingga separuh Ramadan meningkat 9 peratus berbanding tontonan sebelum bulan Ramadan, dengan jumlah tontonan sebanyak 4.2 juta.

“Antara program yang mendapat pilihan penonton yang menyumbang kepada kadar pertambahan tontonan ini ialah Taranum Challenge, Mai Ngaji, Cinta Ilmu, Tawajjuh, Ibrah Ramadan, Riwayat Akhir Zaman, 40 Kalam Junjungan, 30 Minit Bersama, Sembang Moreh dan Moh Dengar SD.

“Prestasi program awal pagi, Assalamualaikum  turut meningkat 50 peratus pada bulan Ramadan berbanding sebelumnya.

“Walaupun data tontonan dan rating menjadi sasaran setiap stesen namun untuk TV AlHijrah, kayu ukur yang lebih utama kepada kami adalah apabila dapat menyediakan program-program yang boleh menyemai nilai keimanan yang tinggi dan berterusan kepada penonton.

“Oleh itu, kita yakin pada bulan Syawal, TV AlHijrah akan sentiasa menjadi pilihan penonton untuk rancangan keagamaan, isu semasa, perbincangan seputar kehidupan dan gaya hidup masa kini,” jelas Zulkarnaen.

RANCANGAN ISTIMEWA SYAWAL 1445H

Assalammulaikum Istimewa Syawal (1-3 Syawal, 7 Pagi)

Hiasi pagi Aidilitri anda dengan program bual bicara pagi bersama Naufal Hatta, Farah Adeeba & Amie Sofia dalam meraikan tetamu istimewa yang akan berkongsi kisah kemenangan Syawal dan ibrah yang diambil daripada Ramadan.

Camca Syawal (1 Syawal, 5 Petang)

Bersama hos Ammar Mukhlis berkongsi tiga resipi hari raya yang akan dimasak bersama chef jemputan. Antara menu yang akan dihidangkan ialah Nasi Arab Citarasa Melayu  sambil ditemani suasana kampung.

Taranum Challenge Raya  (1 Syawal, 7:25 Malam)

Kapsul Taranum Challenge Raya menampilkan Ustaz Fahmi dan Tilmiz Fahmi sebagai hos pentaranum yang akan memperdengarkan pelbagai jenis alunan bacaan al-Quran secara battle bersama orang awam selama 22 episod yang menarik.

Cinta Ilmu Raya (Malam raya & 1 Syawal, 7:30 malam)

Cinta Ilmu Raya merupakan sebuah rancangan tazkirah agama yang berbentuk pengajian kitab yang bakal menarik minat penonton. Rancangan ini akan mengupas topik menarik berkaitan Islam, Iman dan Ihsan berpandukan kitab yang bersesuaian.

Episod Akhir Risalah Imam Al-Syafie (2 Syawal, 6 petang)Saksikan episod kemuncak drama bersiri arab Risalah Imam Al-Syafie yang memaparkan kisah perjalanan hidup seorang tokoh iman mujtahid masyhur iaitu Imam Al-Syafie yang membangunkan empat mazhab fiqah terbesar dalam Islam.

Hijrah Berselawat (3 Syawal, 9 Malam)Ayuh berselawat dan berqasidah bersama Ustaz Husaini Mahmur, InTeam, Raihan, Lah Ahmad, Azan Addin, Pot Amir dan Bob Yusof disertai tausiyah oleh Ustaz Jafri Mahmoodi. Bersama kita imarahkan Syawal ini dengan alunan selawat terindah di TV AlHijrah.

Carta 114 Raya (13 April, 6:30 Petang)

Hari raya diserikan lagi dengan rancangan hiburan Islamik buat tatapan penonton dalam rancangan Carta 114 Raya. Rancangan ini disiarkan  pada setiap hari Sabtu bersama tetamu undangan InTeam, Ustaz Kahirul Anwar & Mateen dalam episod khas Aidilfitri kali ini.

Filem Ketika Cinta Bertasbih 1 & 2 (1-2 Syawal, 10 Malam)

Mengisahkan tentang Azzam seorang mahasiswa Universiti Al-Azhar yang berkerja keras menuntut ilmu sambil berusaha menyara keluarganya di kampung. Namun mengalami kesukaran dan ujian untuk memilki seorang gadis yang diminatinya. Saksikan kesudahan perjalanan hidup Azzam dalam filem Ketika Cinta Bertasbih 1 dan 2.

Filem Mimpi Ananda Raih Semesta (3 Syawal, 10 Malam)

Sekar Palupi, seorang gadis muda yang bercita-cita untuk melihat planet Marikh dari dekat. Ibunya, Tupon, juga berimpian untuk melihat anaknya mencapai impian tersebut. Apakah kesudahan nasib ibu dan anak ini? Saksikan kisah mereka pada malam 3 Syawal di TV AlHIjrah. Dibintangi oleh Kinaryosih, Acha Septriasa, Teuku Rifnu Wikana, Cholidi Asadil Alam, dan Chelsea Riansy.

Filem Suami Yang Menangis (4 Syawal, 10 Malam)

Diadaptasi daripada kisah nyata Ustaz Arifin Ilham, seorang ulama besar yang jatuh koma setelah dipatuk ular. Musibah tersebut menjadi titik awal perjalanan hidupnya sebagai insan yang taat kepada Tuhan. Memaparkan barisan pelakon Aryo Wahab sebagai watak utama, Betari Ayu, dan M. Alvin Faiz.

Filem 5 Penjuru Masjid (5 Syawal, 10 Malam)

Kisah perjalanan 5 anak muda yang dipertemukan di Masjid Al-Kautsar, termasuk Bewok, seorang samseng yang berubah setelah menjadi penjaga masjid. Budi, Abian, Usman, Lukman, dan Gani, saling berkongsi cerita dan bersama-sama berhijrah menjadi pemuda yang taat beribadah.

Jadi, jangan lupa saksikan program-program menarik ini sepanjang Syawal di kaca televisyen dan aplikasi AlHijrah Plus.

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Dato’ Sri Siti Nurhaliza Kembali Dengan Single Terbaharu ‘Cinta Tak Mungkin’
Next: Indulge in Exquisite Wagyu Yakiniku and Japanese Delights at Aburii This Ramadan

Related Stories

MotherBhumi_Poster_MY_V2
  • Acara & Komuniti
  • Community
  • Event
  • Filem
  • News

Mother Bhumi Hits Malaysian Cinemas May 14 with Fan Bingbing Meet-and-Greet Tour

Farihin Azlan April 22, 2026
“MALAIKAT MALAM” CATAT KUTIPAN RM14 JUTA DI PAWAGAM
  • Box Office
  • Filem
  • Hiburan

“MALAIKAT MALAM” CATAT KUTIPAN RM14 JUTA DI PAWAGAM

Farihin Azlan April 20, 2026
“TARUNG: UNFORGIVEN” LANCAR TRELER RASMI, TAMPIL AKSI PWNUH INTENSITI DAN EMOSI DI PAWAGAM 7 MEI INI
  • Filem
  • Hiburan
  • Seni & Budaya

“TARUNG: UNFORGIVEN” LANCAR TRELER RASMI, TAMPIL AKSI PWNUH INTENSITI DAN EMOSI DI PAWAGAM 7 MEI INI

Farihin Azlan April 20, 2026

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.