Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • Filem
  • IDEAKTIV MENYEMARAKKAN KEMAKMURAN DI AIDILFITRI MENERUSI “MAKMUR RAYA”
  • Filem

IDEAKTIV MENYEMARAKKAN KEMAKMURAN DI AIDILFITRI MENERUSI “MAKMUR RAYA”

Helmi Aziz April 2, 2024 4 minutes read

Nu Ideaktiv Sdn Bhd (Ideaktiv), syarikat usaha sama di antara Astro dan Karangkraf, menyemarakkan harapan dan perpaduan melalui kempen Makmur Raya. Sempena perayaan Aidilfitri tahun ini, Ideaktiv ingin mengajak masyarakat untuk menghayati intipati sebenar kemakmuran, dimana genesis Makmur Raya terletak pada keinginan kolektif untuk kebahagiaan, kebersamaan dan pembaharuan dalam kehidupan.

Selepas mengharungi beberapa tahun yang banyak pasang surutnya, Ideaktiv menyedari keperluan untuk menanamkan mesej positif ke dalam fabrik masyarakat. Sebagai penggerak utama untuk komuniti, Ideaktiv bertindak sebagai jaguh optimisme demi melakar fajar baru ke arah masyarakat yang Makmur dari segala aspek. Pada terasnya, Makmur Raya merangkumi semangat keterangkuman dan belas kasihan, mengatasi halangan kaum, agama, dan jurang ekonomi. Ia adalah seruan kepada semua rakyat Malaysia untuk berdiri bersama-sama, berganding bahu, dan mengesahkan komitmen mereka terhadap kemakmuran dan kesejahteraan kolektif.

Naratif kempen ini memfokuskan kepada filem pendek istimewa Ideaktiv, Pangsa Makmur. Berlatarbelakangkan di tengah-tengah masyarakat bandar yang sibuk, filem ini mengisahkan perjalanan Myra, seorang gadis Melayu berusia 26 tahun, anak yatim piatu yang gigih menyara kehidupannya dengan semangat kentalnya menjadi penyeri harapan di saat hidupnya diuji. Menyongsong hari-hari sendirian di kota raya. Myra merupakan seorang ambivert dimana dia sentiasa mempamerkan perwatakan yang ceria di depan orang ramai namun cenderung untuk menyendiri. Myra adalah representasi generasi muda Malaysia yang mempunyai semangat juang yang tinggi dan sifat keikhlasan yang mendalam untuk orang sekelilingnya. Walaupun menghadapi cabarannya sendiri, dia sentiasa berusaha untuk memberi kegembiraan dan kebaikan, menyentuh kehidupan orang di sekelilingnya dengan senyuman dan pertolongan. Menjelang perayaan Raya, Myra memulakan misi yang dekat di hatinya iaitu berkongsi resipi kuih Makmur yang digemari arwah ibunya kepada jiran-jiran. Tradisi ini berfungsi sebagai simbol warisan dan komuniti, merapatkan jurang budaya dan memupuk perpaduan.

Kisah Myra di dalam Pangsa Makmur disulami dengan kekecewaan dan keraguan terhadap dirinya, dan dengan menonjolkan sifat makmur dan kebersamaan oleh Myra dan orang orang disekelilingnya, menjadikan filem pendek ini tepat menyingkap kisah yang semestinya berlaku dikalangan masyarakat hari ini.

Encik Syamil Fahim Mohamed Fahim, Ketua Pegawai Eksekutif Ideaktiv, berkongsi sentimen ikhlasnya, ‘Kami di Ideaktiv mahu menjadi suara komuniti, tetapi apabila kami menjalankan sesi ‘brainstorming’ untuk Kempen Ramadan-Raya tahun ini, pelbagai idea telah diberikan, namun tiada yang cukup tepat untuk diangkat sebagai tema perjuangan Ideaktiv. Dengan perkongsian cerita dan pengalaman sebenar masing-masing, kami menemui kata kunci yang ringkas namun cukup memberi inspirasi iaitu ‘Makmur’. Di sebalik konotasi politiknya, ‘Makmur’ melambangkan harapan dan kemakmuran sejagat. Berpaksikan etos ini, kami berhasrat untuk memberi makna jelas ‘Makmur’ yang pastinya melangkaui politik, memupuk daya tahan dan positif saat diuji. Dengan menuntut semula dan menonjolkan semangat ‘Makmur’, kempen ini berhasrat untuk memberi inspirasi kepada kekuatan kolektif dan keyakinan. menggesa rakyat Malaysia menghayati semangat ‘kemakmuran.’

Tambahnya pula, “Saya amat berbangga dengan warga Ideaktiv yang bertungkus lumus  untuk memastikan filem pendek kami, Pangsa Makmur menyampaikan mesej yang tepat kepada penonton. Pangsa Makmur berfungsi sebagai peringatan dan panduan tentang daya tahan semangat manusia dan kuasa transformatif masyarakat dan saya boleh katakan bahawa ia telah disampaikan dengan berkesan dalam filem pendek ini.”

Selain itu, Encik Syamil Fahim menekankan bahawa Ideaktiv akan mengukuhkan mesej Makmur ini melalui aktiviti yang telah dirancang untuk rakan niaga, klien dan rakan media. “Sebagai tanda terima kasih kepada mereka yang telah menyokong kami selama ini, kami akan mengedarkan ‘Kotak Eksklusif Makmur Raya’, dimana ianya direka dan dihasilkan untuk kegunaan semasa bersama kaum keluarga dan rakan-rakan di hari raya nanti. Di samping usaha promosi digital, kami juga akan turun padang untuk menyebarkan semangat ‘Makmur’ kepada masyarakat dengan mengedarkan Kuih Makmur dan Paket Raya Eksklusif Ideaktiv di majlis berbuka puasa. Inisiatif-inisiatif ini adalah penting dalam memperkasakan jangkauan kempen Makmur Raya dan mengukuhkan kedudukan Ideaktiv sebagai Hab Kandungan Melayu yang terulung di negara ini.”

Menjelangnya musim perayaan Aidilfitri, Ideaktiv menjemput rakyat Malaysia dari semua lapisan masyarakat untuk menyambut dengan penuh rasa Makmur dan dalami keterangkuman mesej Pangsa Makmur di saluran YouTube Ideaktiv dan semua platform digital mulai 1 April 2024. Dengan ucapan Raya yang tulus ikhlas, Ideaktiv berharap agar perhubungan dan sokongan yang berterusan daripada semua rakyat Malaysia sekaligus memupuk komuniti yang didorong oleh semangat Makmur. Semoga kita bersama-sama menyambut Makmur Raya yang penuh dengan kasih sayang, perpaduan, dan kebersamaan yang tidak terhingga.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web Ideaktiv dan ikuti kami di media sosial untuk info terkini, berita dan isu sosial semasa, perbincangan, dan kandungan yang penuh inspirasi.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Pelakon Terkenal Diana Danielle Sertai ZENSO Cafe sebagai Rakan ZENSO
Next: A FABULOUS GLOBAL LAUNCH SUCCESSES IN THE INFINIX NOTE 40 SERIES’ OFFICIAL DEBUT IN MALAYSIA!

Related Stories

MotherBhumi_Poster_MY_V2
  • Acara & Komuniti
  • Community
  • Event
  • Filem
  • News

Mother Bhumi Hits Malaysian Cinemas May 14 with Fan Bingbing Meet-and-Greet Tour

Farihin Azlan April 22, 2026
“MALAIKAT MALAM” CATAT KUTIPAN RM14 JUTA DI PAWAGAM
  • Box Office
  • Filem
  • Hiburan

“MALAIKAT MALAM” CATAT KUTIPAN RM14 JUTA DI PAWAGAM

Farihin Azlan April 20, 2026
“TARUNG: UNFORGIVEN” LANCAR TRELER RASMI, TAMPIL AKSI PWNUH INTENSITI DAN EMOSI DI PAWAGAM 7 MEI INI
  • Filem
  • Hiburan
  • Seni & Budaya

“TARUNG: UNFORGIVEN” LANCAR TRELER RASMI, TAMPIL AKSI PWNUH INTENSITI DAN EMOSI DI PAWAGAM 7 MEI INI

Farihin Azlan April 20, 2026

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.