Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Danajamin gerenti sukuk pasukhas RM200j
  • ACTIVITY

Danajamin gerenti sukuk pasukhas RM200j

Helmi Aziz February 25, 2019 2 minutes read
201336.jpg

DANAJAMIN Nasional Bhd (Danajamin) telah menjamin Peringkat 1 Program Nota Jangka Sederhana Islam (Sukuk Hijau SRI ASEAN) bernilai RM200 juta dengan tempoh 20 tahun yang diterbitkan oleh Pasukhas Green Assets Sdn Bhd (PGASB), sebuah subsidiari Pasukhas Group Bhd.

Peringkat 1 Sukuk Hijau SRI ASEAN, berjumlah RM17 juta dengan tempoh sehingga 10 tahun, tidak diberi penarafan dan akan dilanggan sepenuhnya selepas dikeluarkan.

Hasil yang dikumpulkan daripada terbitan Sukuk Hijau SRI ASEAN itu akan digunakan untuk loji hidro Pasukhas di Sungai Rek, Kelantan, dan bagi meneroka lain-lain aset tenaga yang boleh diperbaharui di Malaysia, kata Danajamin dalam satu kenyataan hari ini.

Terbitan itu menandakan penglibatan sulung Danajamin dalam sukuk pelaburan mapan dan bertanggungjawab (SRI) atau sukuk hijau yang menyokong projek-projek infrastruktur mesra alam di Malaysia.

Sukuk Hijau, sama seperti lain-lain instrumen SRI, merupakan saluran pembiayaan yang mempunyai tanggungjawab penting dalam pemuliharaan alam sekitar serta perubahan iklim.

Sukuk dan pembiayaan projek hijau mempunyai keserasian yang kukuh, memandangkan kedua-duanya dibuat berdasarkan kepada prinsip-prinsip pelaburan dan pembiayaan yang beretika.

“Kami berharap terbitan ini akan terus membantu memacu pertumbuhan Pasukhas seiring dengan kemajuan mereka ke dalam segmen tenaga yang boleh diperbaharui.

“Urus niaga baharu ini, juga akan mempelbagaikan pasaran dengan lebih banyak peluang SRI bagi pelabur,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Danajamin Mohamed Nazri Omar.

Sukuk Hijau yang pertama di dunia telah diwujudkan di Malaysia pada Julai 2017 dan sehingga sekarang terdapat kira-kira enam sukuk seumpama itu.

Danajamin akan terus menyokong pertumbuhan Sukuk Hijau, selaras dengan inisiatif kerajaan untuk mengukuhkan kedudukan negara sebagai pemangkin utama bagi instrument hijau yang patuh syariah.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Pasukhas Wan Thean Hoe dalam satu kenyataan berkata : “Kami menghargai sokongan dan kepercayaan Danajamin ke atas kami melalui gerenti mereka. Ini akan menjadi batu loncatan bagi Pasukhas untuk mengukuhkan perniagaan tenaganya dengan menceburi lebih banyak peluang ke dalam segmen tenaga boleh diperbaharui.”

Sehingga hari ini, jaminan Danajamin telah membantu 38 terbitan dengan saiz jumlah gerenti sebanyak RM10.7 bilion.

Kesan urus niaga tersebut ke atas pasaran secara menyeluruh, melalui perkongsian risiko bersama rakan kongsi bank adalah berjumlah RM21.2 bilion. – Bernama



Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Proton Pesona berwajah baharu diperkenalkan
Next: Cuka bukan sekadar untuk memasak

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.