Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Petronas menang tiga anugerah
  • ACTIVITY

Petronas menang tiga anugerah

Helmi Aziz February 3, 2019 2 minutes read
171278.jpg

SINGAPURA – Petroliam Nasional Bhd (Petronas) memenangi tiga anugerah pada majlis Anugerah Tenaga Asia Pasifik bagi Majlis Tenaga, pada Rabu.

Syarikat minyak itu juga mengekalkan kedudukan sebagai Syarikat Minyak Negara Asia Tenggara Terbaik tahunan buat kali ketiga berturut-turut, menewaskan PT Pertamina Indonesia dan PTT Exploration and Production Thailand.

Naib Presiden Kanan Pembangunan dan Pengeluaran, Perniagaan Huluan, Petronas, Adif Zulkifli menerima anugerah itu bagi pihak syarikat minyak milik negara itu.

“Anugerah ini mengiktiraf dan menghargai semua pihak dalam banyak pasukan yang terlibat dalam Petronas secara menyeluruh.

“Usaha semua pihak yang tidak kenal penat, serta komitmen rakan kongsi kami, selain inisiatif usaha sama yang berjaya, membolehkan kejayaan ini diraih,” katanya dalam ucapan.

Majlis Anugerah ini berlangsung sempena Majlis Makan Malam Anugerah Tenaga Asia Pasifik, yang diadakan sempena Perhimpunan Tenaga Asia Pasifik 2019.

Anugerah Majlis Tenaga merupakan penanda aras kecemerlangan global bagi mereka yang bekerja dalam industri minyak dan gas.

Anugerah Majlis menghargai dan mengiktiraf mereka yang terlibat secara langsung dalam industri dalam tempoh 12 bulan lepas.

Lebih 50 hakim meneliti senarai panjang pencalonan selama beberapa minggu untuk memutuskan pemenang, berdasarkan kriteria yang ketat.

“Sejak awal penubuhan kira-kira 45 tahun lepas, Petronas telah, dan terus komited dalam misi kami untuk membangun dan menambah nilai kepada sumber minyak dan gas.

“Kami berusaha untuk memberikan kecemerlangan komersial dan operasi selain memperkaya kehidupan pelanggan kami melalui perniagaan bersepadu, sentiasa mengenal pasti berdasarkan sudut pandangan para pelanggan,” kata Adif.

Petronas juga memenangi Kategori Hiliran manakala Naib Presiden Penerokaan Huluan, Emeliana Rice-Oxley, memenangi Anugerah Eksekutif Wanita Terbaik Asia Pasifik.

Sebanyak 10 kategori anugerah kali ini dengan syarikat minyak dan gas Malaysia memenangi empat daripadanya.

Selain Petronas, penyedia perkhidmatan minyak dan gas, Sapura Energy Bhd, turut menerima anugerah Syarikat Asia Pasifik Terbaik dalam perkhidmatan tenaga, kategori luar pesisir dan marin.

Majlis Tenaga ialah platform utama ahli bagi memulakan perjanjian dan hubungan global dalam sektor tenaga boleh baharu, serta sektor minyak dan gas asli.

Makan Malam Anugerah itu berlangsung di Pusat Konvensyen Raffles City.- Bernama



Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Hukum Guna Tisu Basah
Next: Proton umum tarikh pelancaran X70

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.