Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Malaysia lokasi GBS ketiga paling kompetitif
  • ACTIVITY

Malaysia lokasi GBS ketiga paling kompetitif

Helmi Aziz September 1, 2022 3 minutes read
1890348.jpeg

MALAYSIA telah disenaraikan sebagai lokasi Perkhidmatan Perniagaan Global (GBS) ketiga paling kompetitif di dunia, selepas India dan China, menurut indeks oleh firma perunding global Kearney.

Indeks Lokasi Perkhidmatan Global (GSLI) 2021 firma itu menunjukkan bahawa negara-negara Asia terus mengambil tujuh tempat dalam 10 teratas, dengan India di tempat pertama dengan skor 7.09, diikuti China (6.80) dan Malaysia (6.22).

Indeks ini, yang dikeluarkan setiap dua tahun, menjejaki kontur landskap global melibatkan 60 negara dengan empat kategori utama – daya tarikan kewangan, kemahiran dan ketersediaan pekerja, persekitaran perniagaan dan kualiti digital.

Lokasi GBS membolehkan syarikat multinasional (MNC) atau organisasi yang besar memusatkan operasi dan aktiviti perniagaan mereka, seperti kewangan, sumber manusia, teknologi maklumat (IT) dan pemerolehan di negara tertentu untuk menyediakan perkhidmatan bersama, kata Perunding Transformasi Perniagaan Joon Teoh.

Beliau berkata, antara MNC yang telah mewujudkan pusat GBS di Malaysia ialah Shell, AstraZeneca, British American Tobacco dan Bash.

“Bagi IGO (organisasi antarabangsa antara kerajaan), kita mempunyai Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), tarikan terbesar Malaysia ialah kepelbagaian bakat, termasuk bahasa yang mampu memberikan perkhidmatan kepada pelbagai negara,” katanya kepada Bernama dalam temu bual secara maya baru-baru ini.

Beliau berkata pusat GBS memberikan perkhidmatan kepada pekerja mereka sendiri dalam syarikat atau organisasi di seluruh dunia.

“Misalnya, jika mana-mana kakitangan mereka, tidak kira di mana mereka berada, perlu melakukan perjalanan ke luar negara, tiket penerbangan mereka, pembayaran dan sebagainya akan diuruskan oleh pusat GBS yang ditetapkan di Malaysia atau negara lain.

“Bagaimana mereka (pusat GBS) berbuat demikian? Di sinilah peranan teknologi kerana anda perlu memastikannya (berlaku) dalam platform digital untuk mereka memasukkan tuntutan mereka atau membeli tiket penerbangan mereka (serta) untuk pembekal menghantar invois dan lain-lain,” katanya.

Teoh, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Agos Asia berkata kerajaan Malaysia sentiasa memberi penekanan kepada pembangunan GBS di negara ini, termasuk menggariskan kepentingan sektor itu dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).

Beliau berkata, ini berikutan apabila pusat GBS diwujudkan, ia biasanya dari 150 hingga lebih ribuan pekerja, yang bukan sahaja akan mewujudkan peluang pekerjaan yang luas tetapi turut membantu meningkatkan proses pendigitalan negara.

“Kerajaan cuba meletakkan kami (sektor GBS) dalam trajektori keluk nilai berikutan ia akan menjadi mustahil untuk kami bersaing dengan China dan India dari segi jumlah dan tenaga kerja.

“Kami hanya boleh melakukan (ini) dengan menyediakan kemahiran tinggi untuk memenuhi keperluan sejajar dengan transformasi digital,” katanya.

Katanya, itu akan menjadi cadangan nilai negara apabila pusat GBS di Malaysia berkembang menjadi pusat kecemerlangan, diterajui oleh pasukan tempatan untuk menjalankan pelbagai projek penyelidikan dan pembangunan, antara lainnya, termasuk automasi proses robotik dan analisis.

Menurut RMK-12, dalam tempoh lima tahun akan datang, tumpuan akan diberikan kepada memacu pembangunan industri strategik dan berimpak tinggi, termasuk elektrik dan elektronik, perkhidmatan global (GS) dan aeroangkasa.

GS, yang terdiri daripada hab utama, GBS dan operasi ibu pejabat, merupakan penyumbang utama pelaburan langsung asing (FDI) dalam sektor perkhidmatan.

Pelaburan yang diluluskan dalam GS oleh syarikat multinasional dicatatkan sebanyak RM46.1 bilion, menyumbang 51.7 peratus daripada jumlah FDI dalam sektor perkhidmatan dari 2016 hingga 2020. – Bernama

Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Manfaatkan detoks ‘asli’ dalam badan
Next: Telefon pintar paling kecil dunia

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.