Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Malaysia bakal terima pelaburan hampir RM34 bilion
  • ACTIVITY

Malaysia bakal terima pelaburan hampir RM34 bilion

Helmi Aziz September 1, 2022 2 minutes read
1891539.jpg

[DIKEMAS KINI] Konglomerat Arab Saudi, Ajlan & Bros Holding Group bakal melabur hampir RM34 bilion (AS$7.5 bilion) dalam sembilan syarikat Malaysia, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, pelaburan itu adalah dalam sektor semikonduktor, perdagangan sosial, pertahanan dan hiburan.

Sembilan syarikat terbabit ialah Dagang NeXchange Bhd (DNeX), Aerodyne Systems Sdn Bhd, National Aerospace & Defence Industries Sdn. Bhd (NADI), Twistcode Technologies Sdn Bhd, CyberSecurity Malaysia, Malaysia Genomics Resources Centre Bhd (MGRC), Meta Universe Sdn Bhd, Light Up 7 Sdn Bhd and My Events Sdn Bhd, katanya dalam satu kenyataan hari ini susulan permeteraian memorandum persefahaman (MOU) yang diadakan hari ini.

Ajlan & Bros merupakan satu daripada konglomerat hartanah utama di Arab Saudi yang mengkhususkan dalam kediaman, perindustrian, komersial dan rumah gudang.

Ia telah membuat pelaburan yang besar di lebih dari 25 negara dan memiliki aset bernilai lebih daripada AS$15 bilion serta hasil lebih AS$2 billon.

Sementara itu, pegawai eksekutif MGRC, Noor Azri Noor Azerai berkata, sebagai sebahagian daripada MoU itu, pihak-pihak akan mengkaji daya maju Ajlan & Bros menjadi wakil pemasaran dan pengedaran bagi ujian saringan genetik, sel stem mesenchymal dan produk exosome.

Ajlan & Bros juga akan mengenal pasti peluang penyelidikan dan pembangunan (R&D) komersial bagi penjujukan dan analisis genom di rantau Timur Tengah dan Afrika Utara (MENA) dalam bidang seperti pertanian, akuakultur, perladangan, penjagaan kesihatan dan bioteknologi perindustrian.

”MGRC pula akan menganalisis sampel bagi ujian saringan genetik serta kepakaran genom dan bioinformatik bagi membida projek menerusi Ajlan & Bros,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Ajlan & Bros, Ali AlHazmi berkata, syarikat itu berharap dapat bekerjasama dengan Malaysian Genomics untuk membawakan perkhidmatan dan produk biofarmaseutikal dan genetik tempatan ke Arab Saudi.

”MoU ini hanyalah satu permulaan ketika kami meneroka bagaimana kami boleh bekerjasama dengan rapat pada bulan-bulan akan datang,” katanya.

Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Bangi Golf Resort bakal jadi pusat sehenti dapatkan durian
Next: Mercedes-Benz tamatkan produksi trak pikap X-Class

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.