Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • AutoGen Plus bantu tampung kos baiki kereta terpakai
  • ACTIVITY

AutoGen Plus bantu tampung kos baiki kereta terpakai

Helmi Aziz August 31, 2022 2 minutes read
1893280.jpg

EAUTOGEN Capital membantu pemilik kereta lama dan terpakai menampung kos pembaikan enjin dan transmisi (kotak gear) menerusi program lanjutan jaminan, AutoGen Plus.

Pengarah Urusan eAutoGen Capital Sdn Bhd, Ray Khor berkata, dengan kadar serendah RM298 setahun, kenderaan persendirian terpakai berusia sehingga 10 tahun dengan bacaan odometer dalam jarak 200,000 kilometer layak mengikuti program tersebut.

Menurutnya, program tersebut mendapat kerjasama daripada Persekutuan Persatuan-Persatuan Syarikat Permotoran & Kredit Malaysia (FMCCAM) bakal memberi nilai tambah pengedar kereta terpakai kepada pelanggan mereka.

“Selain meringankan beban kewangan pemilik kereta, AutoGen Plus bertujuan meningkatkan keyakinan terhadap pasaran kereta terpakai yang kurang dikawal selia. AutoGen Plus ditaja jamin oleh Berjaya Sompo Insurance.

“Kerjasama dengan FMCCAM yang mempunyai rangkaian kepada lebih 4,000 pengedar kereta dijangka mampu memberikan keyakinan dan ketelusan terhadap pasaran kereta terpakai,” katanya pada pelancaran AutoGen Plus di Hotel Berjaya Times Square di sini pada Selasa.

Pelancaran disempurnakan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Turut hadir, Presiden FMCCAM, Datuk Tony Khor.

Ray berkata, sebelum mengaktifkan program jaminan lanjutan, semua kereta di bawah program itu wajib menjalani ujian diagnosis dan pemeriksaan singkat oleh pemeriksa yang dilantik.

“Ia bagi melindungi pengedar dan pembeli kereta terpakai daripada sebarang risiko. Antara yang dilakukan termasuk pemeriksaan status kereta curi dan kondisi kereta bagi mengelak menanggung kos pembaikan yang tinggi.

“Ini pastinya dapat memberikan keyakinan buat kedua belah pihak ketika membeli kereta lama,” katanya.

Sementara itu, Tony berkata, kerjasama itu adalah langkah tepat dalam memberikan jaminan perlindungan kenderaan kepada pengguna kereta terpakai yang sebelum ini berdepan kelemahan daripada aspek perundangan.

“Ketiadaan lemon law yang sangat diperlukan menyebabkan kedua-dua peniaga dan pembeli tidak mempunyai perlindungan undang-undang.

“Pemeriksaan pra-pengaktifan ini merupakan kunci utama jaminan bagi memenuhi permintaan kereta terpakai yang semakin meningkat,” tambahnya.

Menerusi AutoGen Plus katanya, pemilik kereta mendapat akses pembaikan di 200 bengkel panel terpilih yang akan melakukan penyelenggaraan dan pembaikan kerosakan secara berkala.

Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Rita rumah anti gempa: Al Ansar IBS beri sinar baharu buat mangsa gempa Lombok
Next: Varian terbaharu Galaxy S20 tempias ledakan 5G

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.