KUALA LUMPUR – Kadar jangka pendek diunjur kekal stabil minggu depan berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada pasaran tunai. Pada minggu yang baru berakhir, bank pusat campur tangan setiap hari untuk mengurangkan lebihan dana daripada sistem kewangan dengan menjalankan tender pasaran wang konvensional, tender Qard, tender program Murabahah komoditi, tender repo berbalik dan Bil Antara Bank Bank Negara (BNIB). Jumlah lebihan mudah tunai dalam sistem konvensional minggu ini berjumlah RM41.60 bilion berbanding RM42.21 bilion pada minggu sebelumnya, dan dalam sistem Islam, ia meningkat kepada RM24.29 bilion daripada RM23.88 bilion sebelumnya. Purata kadar semalaman Islam kekal pada 1.72 peratus, manakala kadar satu, dua dan tiga minggu masing-masing pada 1.78 peratus, 1.82 peratus dan 1.85 peratus. – Bernama Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang Sumber Post navigation Tarikh akhir proses rundingan 5G, DNB kekal 30 Jun Ringgit dijangka susut berbanding dolar AS minggu depan