Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Matrix Concepts sasar jualan RM1.2 bilion menjelang 2023
  • ACTIVITY

Matrix Concepts sasar jualan RM1.2 bilion menjelang 2023

Helmi Aziz April 22, 2022 3 minutes read
1671920.JPG

SYARIKAT pemaju hartanah, Matrix Concepts Holdings Bhd menyasarkan jualan hartanah mencecah RM1.2 bilion bagi tahun kewangan 2023 (TK2023) dengan didorong oleh pengambilan yang kukuh khususnya di perbandaran utamanya, Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan.

Pengerusi Matrix Concepts, Datuk Mohamad Haslah Mohamad Amin berkata, dengan negara dilihat mula berada dalam fasa peralihan daripada pandemik Covid-19, syarikatnya kini bersedia untuk kembali kepada trajektori pertumbuhan yang mampan termasuk melalui projeknya di luar negara.

“Kami menjangkakan sumbangan pendapatan daripada pembangunan kedua di Australia yang telah habis dijual, M Greenvale, sementara usaha niaga kami di Indonesia juga berjalan lancar dengan pelaksanaan Menara Syariah yang dijadualkan siap penghujung TK2023.

“Ini akan menyokong permintaan yang semakin meningkat di perbandaran yang telah kami perolehi sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan membolehkan kami lebih optimis merekodkan prestasi tahunan lebih kukuh,” katanya ketika ditemui pemberita selepas acara Matrix Concepts MetaRaya Iftar di sebuah hotel di ibu negara pada Khamis.

Matrix Concepts berjaya mencapai 83.2 peratus daripada sasaran jualan hartanah tahun kewangan 2022 pada suku ketiga tahun kewangan tersebut meskipun berhadapan pelbagai cabaran seperti keadaan operasi terhad dan pemulihan ekonomi domestik lebih perlahan daripada jangkaan.

Mengulas lanjut mengenai perkembangan projeknya di luar negara, Mohamad Haslah berkata, pembangunan berterusan M Greenvale di pinggir bandar Melbourne, Australia menyediakan pengiktirafan pendapatan sejajar dengan piawaian perakaunan tempatan yang dijangka siap Mei ini.

Menurutnya, Matrix Concepts juga akan melancarkan pembangunan susulan yang dipanggil 333 St Kilda di Melbourne pada pertengahan tahun ini.

Janna Nick (empat dari kanan) ketika membuat persembahan semasa acara Matrix Concepts MetaRaya Iftar pada Khamis.

Janna Nick (empat dari kanan) ketika membuat persembahan semasa acara Matrix Concepts MetaRaya Iftar pada Khamis.

Katanya, pembangunan bercampur 12 tingkat bernilai AUD80 juta (RM 253 juta) itu akan mewakili pembangunan Australia terbesar syarikat itu setakat ini dan bakal meningkatkan populariti St Kilda sebagai destinasi pinggir bandar yang digemari di Melbourne.

Dalam pada itu, Mohamad Haslah berkata, projek usaha sama (JV) pertamanya di Indonesia yang merangkumi menara berkembar 29 tingkat iaitu Menara Syariah akan turut menempatkan pejabat premium dan podium runcit yang bakal memastikan keberadaan jangka panjang syarikatnya di negara itu.

“JV Indonesia ini akan melahirkan lebih banyak pembangunan di kawasan utama Pantai Indah Kapuk 2, iaitu sebuah perbandaran tepi laut antarabangsa di mana pembinaan Menara Syariah bernilai RM1 bilion itu sedang dijalankan,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau berkata, jangkaan pencapaian projek antarabangsanya pada TK2023 adalah hasil daripada kesedaran syarikatnya untuk mempelbagaikan aliran pendapatan sebelum pandemik bermula.

“Kami telah menggambarkan cita-cita kami untuk mencatatkan pertumbuhan sejak penyenaraian dan kami percaya, walaupun banyak kejayaan telah namun kami belum lagi tiba di kemuncak.

“Kami akan mencari peluang untuk kerjasama strategik bagi mengukuhkan lagi cadangan nilai kami serta memperoleh tanah berkualiti untuk pembangunan pada TK2023 sebagai sebahagian daripada strategi pertumbuhan dan meningkatkan nilai pemegang saham,” ujarnya.

Pada acara tersebut Matrix Concepts turut melancarkan muzik video hari raya, MetaRaya Matrix Concepts yang bertemakan nostalgia dan perayaan masa hadapan yang turut menampilkan selebriti terkenal, Janna Nick.

Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Masjid Al-Alami lokasi World #QuranHour Melaka
Next: Keluarga LHDN sertai Hasil #QuranHour 2022

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.