Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal
  • ACTIVITY

Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal

Helmi Aziz April 20, 2022 2 minutes read
1669145.png

RINGGIT diniagakan rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi awal Rabu dalam persekitaran sentimen pasaran yang lebih berhati-hati terhadap pendekatan Rizab Persekutuan (Fed) AS menaikkan kadar faedahnya dalam mesyuarat akan datang pada awal Mei ini, kata penganalisis.

Pada jam 9.02 pagi, ringgit susut kepada 4.2725/2775 berbanding dolar AS daripada 4.2505/2515 pada akhir urus niaga Isnin.

Pasaran ditutup pada Selasa bersempena cuti umum Nuzul Al-Quran.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, Presiden Fed St Louis James Bullard telah membayangkan mengenai kemungkinan kenaikan kadar faedah sebanyak 75 mata asas.

“Ini telah menyebabkan Indeks Dolar AS melonjak kepada 100.987 mata dan sememangnya melebihi paras 100 mata selama lima hari urus niaga berturut-turut.

“Dolar AS/ringgit telah mencecah paras rintangannya pada RM4.2762 dan berdasarkan petunjuk teknikal, ringgit telah berada pada kedudukan terlebih jual. Berikutan itu, ringgit sepatutnya pada sekitar RM4.27 pada masa ini,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, Rakan Pengurusan SPI Stephen Innes menjangkakan ringgit akan kekal dalam mod bertahan berikutan satu lagi peningkatan hasil Perbendaharaan AS selain tiada sebarang perubahan penggubal dasar China bagi melonggarkan sekatan pergerakan susulan Covid-19.

Dalam pada itu, ringgit diniagakan kebanyakannya lebih rendah berbanding kumpulan mata wang utama.

Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.1236/1275 daripada 3.1228/1240 pada Isnin, namun meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.3046/3087 daripada 3.3569/3579.

Ringgit rendah berbanding pound Britain kepada 5.5624/5689 daripada 5.5303/5316 serta susut berbanding euro kepada 4.6130/6184 daripada 4.5867/5878. – Bernama

Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: HYdeout mempersembahkan Upin & Ipin: Kampung In The City
Next: Elixxi Beauty, Sofia Iman lancar Kit Raya Istimewa

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.