Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Bank Rakyat dekati usahawan, mahasiswa UniMAP
  • ACTIVITY

Bank Rakyat dekati usahawan, mahasiswa UniMAP

Helmi Aziz April 18, 2022 2 minutes read
1666899.jpeg

PERLIS – Bank Rakyat menganjurkan program Santai Namun Sampai Ramadan 2022 untuk mendekati dan membincangkan perihal usahawan secara lebih dekat dan santai bersama pelajar Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) bagi memperkasakan agenda keusahawanan dalam kalangan mahasiswa.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat menyempurnakan perasmian program tersebut yang diadakan di Kampung Warna-Warni Seberang Ramai, Kuala Perlis.

Berangkat sama pada program itu adalah Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi selaku Ahli Lembaga Pengarah Bank Rakyat, Datuk Suriani Ahmad’ Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Mohd Nazim Mohd Noor dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Operasi Bank Rakyat, Ahmad Shahril Mohd Shariff.

Bank Rakyat dalam satu kenyataan berkata, antara inisiatif yang dijalankan adalah ‘Program Memperkasa Graduan Ke Arah Keusahawanan’ dengan sesi perkongsian pengalaman, soal jawab serta sesi motivasi secara lebih dekat bersama pelatih professional dan vendor terpilih serta melibatkan 100 penyertaan dan ia juga terbuka kepada pelajar UniMAP.

“Bank Rakyat dengan kerjasama UniMAP turut menganjurkan pembukaan gerai jualan untuk usahawan RAKYATpreneur, UNIpreneur serta pelajar dan alumni UniMAP yang mana menyasarkan pembukaan 30 gerai Bazar Ramadan yang berlangsung selama dua hari di tapak parkir Kolej Kediaman Tuanku Abdul Rahman, UniMAP,” jelas kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, Bank Rakyat turut melancarkan inisiatif Kebun Nuri Nutrisi yang akan dilaksanakan di Kampung Warna Warni Seberang Ramai, UniMAP, dan peluasan kebun di Sekolah Kebangsaan Putra dengan kerjasama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) bagi membantu golongan B40 menjana pendapatan secara lestari dan berterusan serta memupuk minat pelajar terhadap industri pertanian dan keusahawanan.

“Bank Rakyat juga memberikan sumbangan sebanyak RM24,800 kepada golongan asnaf Felda Chuping, RM3,700 kepada pelajar asnaf Sekolah Kebangsaan LKTP Chuping, RM2,500 kepada pelajar asnaf Sekolah Rendah Islam III, Felda Chuping serta sumbangan bagi aktiviti pengimarahan Masjid Nurul Huda, Felda Chuping sebanyak RM10,000,” kata kenyataan itu.

Sementara itu, Suriani berkata, Bank Rakyat turut melancarkan ‘Program Desa Tanpa Tunai’ di Chuping, Perlis dan membuat penyerahan tiket pulang ke kampung kepada 50 pelajar B40 UniMAP bagi menyemarakkan lagi kempen ‘Rindu Nak Raya’ Bank Rakyat pada tahun ini.

Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: HAPPENING! HAEL HUSAINI x DOLLA DALAM ‘SUARA LEBARAN KITA’
Next: Rewang Iftar Bersama Dr. Fitri Haris dan Buku Jalanan Chow Kit

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.