Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Dokumentari Istimewa Nuzul Quran, Tinta Syurga
  • ACTIVITY

Dokumentari Istimewa Nuzul Quran, Tinta Syurga

Helmi Aziz April 18, 2022 (Last updated: April 18, 2022) 2 minutes read

Peristiwa paling istimewa dan bersejarah buat umat Islam seluruh dunia adalah pada hari Nuzul Al-Quran dimana Allah S.W.T telah menurunkan mukjizat teragungNya iaitu Al-Quran kepada Nabi Muhammad S.A.W.  Al-Quran diturunkan untuk dibaca. Teknologi dan perkembangan sihat dalam penerbitan dan percetakan Al-Quran di Malaysia pada abad ke 21 ini memudahkan naskhahnya diperolehi. Namun, tahukah penghasilannya cukup rumit dan mempunyai cerita perjuangan yang cukup besar.

Tinta Syurga, Dokumentari Istimewa Nuzul Quran akan membawa penonton melihat misi menghasilkan mushaf (naskhah Al-quran bertulis tangan) untuk percetakan Al-Quran di Malaysia pada hari Selasa, 19 April 2022, pukul 9.00 malam di TV3.

Dokumentari istimewa satu jam ini merungkai bagaimana sejarah awal pengumpulan serta penyalinan wahyu Allah kepada sebuah mushaf sehingga membina tamadun ilmu yang tinggi di dalam dunia Islam.

Kerja-kerja penyalinan ayat-ayat suci Al-Quran sebenarnya dilakukan secara manual menggunakan tangan diatas kertas manuskrip bersaiz A1. Begitu juga dengan hiasan pada setiap halamannya yang dikenali sebagai seni zukhruf. Inilah antara cabaran misi mereka.

Keselamatan Dalam Negeri (KDN) juga turut memainkan peranan besar dalam memartabatkan kesucian Al-Quran di Malaysia. Setiap penerbitan dan percetakan Al-Quran di Malaysia wajib memperolehi cop kelulusan dari KDN bagi memastikan tiada kalam suci Allah yang cacat dan silap. Justeru sebuah entiti digelar Lajnah Tashih Al-Quran KDN membawa peranan cukup besar sebagai usaha kerajaan untuk memelihara kesucian ayat-ayat Al-Quran di Malaysia.

Penggambaran mengambil masa selama 14 hari bermula pada 25 Feb hingga 14 Mac 2022 yang membabitkan beberapa lokasi seperti di Muzium Kesenian Islam Malaysia, Yayasan Restu, Shah Alam, Nasyrul Quran, Putrajaya, Masjid Al-Badr 1000 Selawat di Pulau Pangkor, Perak, dan Kota Bharu Kelantan.

Dokumentari istimewa ini diterajui oleh Penerbit, Nurul Fariha Onn, diselaraskan oleh Penerbit Penyelaras, Mohd Izzul Iswat Mohd Azman dan Penerbit Eksekutif, Muhammad Amin Yusoff.

Luangkan masa anda bersama keluarga dengan menyaksikan Tinta Syurga, Dokumentari Istimewa Nuzul Quran  pada hari Selasa, 19 April 2022, pukul 9.00  malam hanya di TV3

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Suki Low Muncul Dengan Single Terbaharu, NELANGSA
Next: Ringgit dibuka rendah, dolar AS terus mengukuh pagi ini

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.