Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Ringgit dibuka kukuh berbanding dolar AS
  • ACTIVITY

Ringgit dibuka kukuh berbanding dolar AS

Helmi Aziz April 14, 2022 2 minutes read
1662313.jpg

KUALA LUMPUR – Ringgit meneruskan peningkatannya berbanding dolar AS berikutan selera risiko yang lebih baik terhadap mata wang tempatan, kata penganalisis.

Pada jam 9 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.2220/2260 berbanding dolar AS daripada 4.2290/2320 sewaktu ditutup pada Rabu.

Bercakap kepada Bernama, Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, beliau menjangka ringgit akan terus didagangkan sekitar paras RM4.23 hari ini berikutan ketidaktentuan ekonomi yang membimbangkan.

“Setakat ini, ekonomi domestik dijangka kekal berdaya tahan dengan data perdagangan borong dan runcit terkini yang menunjukkan peningkatan sebanyak 8.5 peratus kepada RM117.6 bilion pada Februari.

“Ini menunjukkan (pertumbuhan) sektor berteraskan perkhidmatan yang membentuk lebih separuh daripada ekonomi kita, akan dipercepatkan berikutan pembukaan semula sektor ekonomi yang seterusnya,” katanya.

Mohd Afzanizam berkata, indeks pasaran ekuiti utama di Amerika Syarikat (AS) mencatatkan kenaikan yang memuaskan malam tadi, manakala sekuriti Perbendaharaan AS berjangka pendek menyaksikan hasil yang lebih rendah walaupun Indeks Harga Pengeluar (PPI) adalah lebih tinggi daripada jangkaan.

PPI AS menokok 11. 2 peratus pada Mac daripada 10.4 peratus pada Februari, manakala konsensus diunjurkan meningkat 10.6 peratus, katanya.

“Pasaran dilihat menjangkakan kadar inflasi akan mencapai paras kemuncaknya tidak lama ini, justeru, Rizab Persekutuan AS (Fed) mungkin cenderung untuk tidak terlalu agresif dalam kempen kenaikan kadar faedahnya.

“Sementara itu, bank-bank pusat lain seperti Reserve Bank of New Zealand dan Bank of Canada telah menaikkan penanda aras kadar faedah mereka kepada 50 mata asas (bps), masing-masing kepada 1.50 peratus dan 1.00 peratus,” katanya.

Mohd Afzanizam berkata, Indeks Dolar AS merosot 0.44 peratus kepada 99.85 mata berikutan hasil Perbendaharaan AS dua tahun susut enam bps kepada 2.35 peratus; menunjukkan peserta pasaran mungkin telah meredakan jangkaan mereka ke atas langkah agresif Fed berikutan kadar jangka pendek kebiasaannya akan memberi tindak balas kepada tindakan bank pusat.

Sementara itu, ringgit diniagakan lebih rendah berbanding kumpulan mata wang utama.

Ia turun berbanding dolar Singapura kepada 3.1117/1151 daripada 3.1009/1033 pada Rabu dan susut berbanding yen Jepun kepada 3.3631/3665 daripada 3.3548/3574.

Unit tempatan merosot berbanding pound Britain kepada 5.5363/5416 daripada 5.5028/5067 dan susut berbanding euro kepada 4.5948/5992 daripada 4.5813/5845 sebelum ini.- Bernama

Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Milo tawar hadiah lumayan
Next: Selangor fokus tarik pelabur, cipta lebih banyak peluang pekerjaan

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.