Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • TNG eWallet dipilih untuk sertai inisiatif ePemula
  • ACTIVITY

TNG eWallet dipilih untuk sertai inisiatif ePemula

Helmi Aziz April 11, 2022 2 minutes read
1659241.jpg

TOUCH ‘n Go Group (TNG) melalui Touch ‘n Go eWallet telah dipilih untuk mengambil bahagian dalam ePemula, inisiatif oleh Kementerian Kewangan dalam mempromosikan perbelanjaan tanpa tunai di kalangan belia dengan meringankan beban mereka serta menggalakkan perniagaan luar talian untuk ke arah tanpa tunai.

Pembekal penyelesaian pembayaran elektronik itu berkata, belia Malaysia yang berusia 18 hingga 20 tahun termasuk pelajar-pelajar Malaysia sepenuh masa di institusi pengajian tinggi Malaysia berhak menuntut kredit ePemula RM150 dan Touch ‘N Go Ewallet pula memberi ganjaran berbentuk baucar RM200 daripada peniaga yang menjadi rakan kongsinya.

“Baucar itu merangkumi 25 jenama termasuk dalam talian, runcit, makanan dan minuman, telekomunikasi serta pengangkutan seperti Starbucks, 7-Eleven, Lazada, Tealive, MR D I Y, Uniqlo, Hotlink, Firefly dan banyak lagi,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Katanya, eWallet itu mempunyai rangkaian lebih daripada 17 juta pengguna dan 1.7 juta titik penerimaan peniaga.

”Kami mempunyai rangkaian peniaga runcit fizikal yang terbesar, yang mana para belia serta pelajar boleh menggunakan kredit yang dituntut di kedai buku untuk keperluan pengajian mereka, gerai nasi lemak bagi sarapan, membayar teh tarik dan roti canai semasa bersosial dengan rakan di restoran mamak atau mendapatkan pakaian baharu dari Uniqlo serta menikmati juadah di McDonald’s,” kata Ketua Pegawai Eksekutif TNG Digital Sdn Bhd, Alan Ni.

Ditubuhkan oleh Touch ‘N Go Sdn Bhd dan Ant Group, syarikat induk platform pembayaran digital terbesar di China, TNG Digital pula adalah pemilik dan pengendali Touch’ n Go eWallet.

ePemula, yang bermula hari ini sehingga 1 Jun menawarkan kredit yang hanya boleh digunakan untuk pembelian runcit dalam kedai dan mesti digunakan sebelum 10 Jun 2022.

Kredit tersebut tidak boleh dipindah milik ke akaun eWallet lain dan tidak boleh dipakai untuk sebarang aplikasi transaksi bersepadu termasuk e-dagang, pembelian dalam talian, pembayaran bil, prabayar mudah alih, pembelian permainan, produk dan perkhidmatan kewangan, PayDirect, RFID serta pengeluaran tunai. – Bernama



Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Maggi, FAF, MAB agih 120,000 pek bubur lambuk
Next: Ringgit ditutup rendah susulan hasil perbendaharaan AS tinggi

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.