Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Nilai ringgit terus meningkat berbanding dolar AS
  • ACTIVITY

Nilai ringgit terus meningkat berbanding dolar AS

Helmi Aziz March 31, 2022 2 minutes read
1645768.jpg

KUALA LUMPUR – Ringgit meneruskan momentum peningkatannya berbanding dolar AS apabila mata wang Amerika Syarikat itu susut di tengah-tengah kebimbangan terhadap data keluaran dalam negara kasar (KDNK) Amerika Syarikat (AS) yang mendedahkan bacaan lebih rendah daripada jangkaan, kata seorang penganalisis.

Pada jam 9 pagi Khamis, mata wang tempatan mengukuh kepada 4.2015/2050 berbanding dolar AS daripada 4.2030/2055 pada penutup hari Rabu.

Menurut laporan berita, pertumbuhan ekonomi tahunan AS pada suku keempat 2021 disemak turun kepada 6.9 peratus daripada jangkaan 7.1 peratus.

Sehubungan itu, indeks dolar AS (DXY) telah merosot sebanyak 0.62 peratus kepada 97.79 mata kerana Rizab Persekutuan AS (Fed) berkemungkinan menaikkan kadar dasarnya sebanyak 25 mata asas, kata Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid.

Ia adalah kenaikan pertama dalam tempoh lebih daripada tiga tahun, sekali gus menandakan pendirian agresif yang telah menyebabkan pasaran bon bimbang akan kemelesetan yang akan berlaku.

“Namun begitu, ADP Employment Change yang mengukur penghasilan pekerjaan dalam sektor swasta, berada pada 455,000 pada Februari, atas sedikit daripada unjuran sebanyak 450,000 menunjukkan bahawa pasaran buruh kekal kukuh,” katanya kepada Bernama.

Secara keseluruhan, Mohd Afzanizam berpendapat bahawa ringgit boleh kekal stabil pada sekitar RM4.20 setiap dolar AS hari ini.

Pada pembukaan, nilai ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding sekumpulan mata wang utama.

Unit tempatan menambah nilai berbanding yen Jepun kepada 3.4357/4388 daripada 3.4490/4515 pada Rabu dan meningkat berbanding pound Britain kepada 5.5216/5262 daripada 5.5248/5281 sebelumnya.

Bagaimanapun, ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.1065/1095 daripada 3.1034/1058 pada penutup semalam dan lemah berbanding euro kepada 4.6956/6995 daripada 4.6784/6811 sebelumnya. – Bernama

Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Проверенные рабочие ссылки Кракен Маркет
Next: ASTRO ORIGINALS BAWAKAN KEMASYHURAN, KEKUASAAN & PERGELUTAN KELUARGA BERPENGARUH MENERUSI ‘KUASA’

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.