Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • SDP catat RM2.7 bilion sepanjang lima tahun
  • ACTIVITY

SDP catat RM2.7 bilion sepanjang lima tahun

Helmi Aziz March 25, 2022 2 minutes read
1638565.jpg

PETALING JAYA – Perolehan Sime Darby Plantation (SDP) yang melibatkan syarikat bumiputera telah merekodkan RM2.7 bilion sepanjang lima tahun lalu, termasuk perolehan berjumlah RM558 juta pada 2021.

Menurut Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar, perolehan pada tahun lepas itu merupakan peningkatan sebanyak RM195 juta daripada jumlah perolehan pada 2020.

“Sokongan SDP kepada usahawan bumiputera tidak hanya tertakluk kepada vendor bumiputera yang berdaftar di bawah PPV sahaja, malah pelbagai peluang perolehan telah dimanfaatkan oleh usahawan-usahawan bumiputera yang terbukti mempunyai daya saing dan kompetitif dari segi harga dan kualiti perkhidmatan,” katanya semasa merasmikan Hari Pembangunan Usahawan Sime Darby Plantation 2022 pada Khamis.

Selain itu katanya, sebanyak 26 syarikat ‘anchor’ (induk) telah menandatangani memorandum persefahaman dengan kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) bagi melaksanakan Program Pembangunan Vendor (PPV) termasuk SDP sehingga kini.

Beliau juga berkata, permohonan peruntukan tambahan akan dimajukan kepada Kementerian Kewangan bagi Skim Pembiayaan Informal (SPIN) berikutan sambutan yang menggalakkan.

“Kementerian juga sedang melaksanakan pelbagai pakej rangsangan bagi memudahkan usahawan bangkit semula daripada pandemik Covid-19 dengan memperkenalkan skim pembiayaan mudah dan moratorium 12 bulan,” katanya.

Sementara itu, SDP juga mengumumkan penyertaan 11 rakan niaga yang terpilih bagi PPV bumiputera yang dikelolakan oleh syarikat tersebut untuk meningkatkan daya saing usahawan itu dalam pasaran tempatan dan antarabangsa.

Ketua Pegawai Perkhidmatan Operasi SDP Adi Wira Abd Razak berkata, pihaknya telah mengenal pasti vendor bumiputera yang akan bekerjasama dalam projek-projek penyelidikan dan pembangunan pada tahun ini selaras dengan fokus inovasi perladangan.

“Kami ingin mempelawa lebih banyak lagi syarikat bumiputera untuk mendaftar sebagai vendor kami terutamanya syarikat-syarikat yang boleh memperkenalkan inisiatif inovatif serta membantu dalam penyelesaian cabaran industri sawit,” tambahnya. – Bernama

Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Segala Halangan Diredahi dengan Penuh Kesabaran, Bila Hati Memilih Dia
Next: Honor bakal lancar empat produk mega Honor X

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Before Pregnancy Begins: Steps for a Healthier Start to Motherhood
  • Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration
  • Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma
  • Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”
  • Bean Here! Kini di KPTM Ipoh, Dekati Generasi Muda di Institusi Pengajian Tinggi

RSS RSS Feed

  • Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration
  • Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma
  • Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”
  • Bean Here! Kini di KPTM Ipoh, Dekati Generasi Muda di Institusi Pengajian Tinggi
  • 5 Faktor Yang Jadikan “Pewaris Susuk” Antara Filem Paling Diperkatakan

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

PIX 4
  • Community
  • Health & Awareness
  • Lifestyle
  • Sunway Medical Centre
  • Women Health

Before Pregnancy Begins: Steps for a Healthier Start to Motherhood

Farihin Azlan May 7, 2026
  • Artificial Intelligence (AI)
  • ICT
  • News
  • Technology & Innovation
  • Transformasi Digital

Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration

Farihin Azlan May 7, 2026
TRILOGI_MAINKV_NEW (1)
  • Community
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event
  • Lifestyle
  • Music
  • News

Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma

Farihin Azlan May 6, 2026
classicu 2025-10-17 184120.250
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • Music Release
  • News

Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”

Allya Adriana May 6, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.