Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • SkyMeridien Residences siap sepenuhnya, kini sedia terima pemilik
  • ACTIVITY

SkyMeridien Residences siap sepenuhnya, kini sedia terima pemilik

Helmi Aziz March 19, 2022 2 minutes read
1633242.jpg

SHAH ALAM – Pemaju Hartanah, SkyWorld Development Group (SkyWorld) mengumumkan kondominium SkyMeridien Residences telah disiapkan sepenuhnya tepat pada masa meskipun berdepan penularan pandemik Covid-19 dan bersedia untuk diserahkan kepada pemilik.

Ketua Pegawai Eksekutif SkyWorld, Lee Chee Seng berkata, kediaman yang terletak di Sentul Timur, Kuala Lumpur itu kini sedia untuk diserahkan kepada pemilik.

Menurutnya, kondominium SkyMeridien Residences sesuai didiami penduduk bandar yang mengimpikan keseimbangan antara suasana kerja dan kehidupan seharian.

“Kami yakin pemilik kediaman SkyMeridien akan kagum dengan kemudahan, mutu kerja berkualiti dan pelaburan yang dibuat.

“Berpegang teguh dengan konsep ‘Make Living Better’, SkyMeridien merupakan bangunan hijau diperakui yang direka bentuk untuk menjimatkan tenaga dan sumber,” katanya pada Jumaat.

Beliau berkata, projek ini juga dilengkapi dengan Sistem Pengumpulan Sisa Automatik (AWCS) bagi menggalakkan persekitaran yang lebih bersih.

“Dengan mengambil kira inisiatif alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG), pengudaraan silang maksimum, keselesaan terma dan analisis cahaya siang telah diambil kira semasa mereka bentuk lobi, koridor biasa dan unit kediaman,” katanya.

Menurutnya, SkyMeridien turut sesuai dijadikan destinasi percutian keluarga dengan menawarkan 32 kemudahan berinspirasikan resort termasuk kolam renang, gimnasium, bilik permainan arked, ruang istirahat dan kerja, pelbagai kemudahan sukan seperti ‘rock climbing’ serta gelanggang bola keranjang.

Dari kiri: Ketua Advokasi Pelanggan, Christy Yeap; Chee Seng dan Ketua Komunikasi Jenama, Leonard Tan ketika pelancaran SkyMeridien Residences dan Solution  pada Khamis.

Dari kiri: Ketua Advokasi Pelanggan, Christy Yeap; Chee Seng dan Ketua Komunikasi Jenama, Leonard Tan ketika pelancaran SkyMeridien Residences dan Solution pada Khamis.

“SkyMeridien juga terletak di lokasi strategik dengan kemudahan akses pengangkutan awam dan lebuh raya utama.

“Bakal penduduknya boleh menaiki kereta api transit aliran ringan (LRT) dengan mudah melalui laluan pejalan kaki berbumbung sepanjang 300 meter (m) di Stesen LRT Sentul Timur,” jelasnya.

Dalam masa sama, SkyWorld turut melancarkan Solution+, sebuah platform e-dagang yang diintegrasikan bersama aplikasi SkyWorld Connect berfungsi menghubungkan penduduk SkyWorld kepada peniaga perkakasan rumah yang menjadi rakan kongsi syarikat itu.

Chee Seng berkata, aplikasi tersebut memudahkan individu untuk mencari kenalan, cadangan dan perbandingan harga bagi reka bentuk dalaman, pengubahsuaian, perabot serta penyelesaian rumah yang lain.

“Penduduk kediaman SkyWorld akan mendapat manfaat daripada pakej istimewa yang disediakan oleh rakan kongsi SkyWorld, sekali gus memudahkan urusan membeli-belah dengan memendekkan masa penghantaran.

“Pada pelancaran awal tahun ini, SkyWorld telah menerima sambutan yang menggalakkan daripada pembeli SkyMeridien dan SkyAwani 3, dengan jualan lebih RM2.8 juta diurus niaga dalam masa seminggu,” katanya yang menyasarkan pelancaran empat projek di lokasi strategik seperti Setapak, Cheras, Taman Melawati dan Setiawangsa.

Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Ringgit diniagakan dalam jajaran kecil berbanding dolar AS
Next: ‘Taubat banduan akhir’

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Before Pregnancy Begins: Steps for a Healthier Start to Motherhood
  • Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration
  • Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma
  • Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”
  • Bean Here! Kini di KPTM Ipoh, Dekati Generasi Muda di Institusi Pengajian Tinggi

RSS RSS Feed

  • Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration
  • Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma
  • Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”
  • Bean Here! Kini di KPTM Ipoh, Dekati Generasi Muda di Institusi Pengajian Tinggi
  • 5 Faktor Yang Jadikan “Pewaris Susuk” Antara Filem Paling Diperkatakan

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

PIX 4
  • Community
  • Health & Awareness
  • Lifestyle
  • Sunway Medical Centre
  • Women Health

Before Pregnancy Begins: Steps for a Healthier Start to Motherhood

Farihin Azlan May 7, 2026
  • Artificial Intelligence (AI)
  • ICT
  • News
  • Technology & Innovation
  • Transformasi Digital

Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration

Farihin Azlan May 7, 2026
TRILOGI_MAINKV_NEW (1)
  • Community
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event
  • Lifestyle
  • Music
  • News

Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma

Farihin Azlan May 6, 2026
classicu 2025-10-17 184120.250
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • Music Release
  • News

Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”

Allya Adriana May 6, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.