Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Suhaimi Ali dilantik sebagai Penolong Gabenor BNM
  • ACTIVITY

Suhaimi Ali dilantik sebagai Penolong Gabenor BNM

Helmi Aziz March 16, 2022 2 minutes read
1629579.png

SHAH ALAM – Bank Negara Malaysia (BNM) pada Rabu mengumumkan pelantikan Suhaimi Ali sebagai Penolong Gabenornya berkuat kuasa 1 April depan.

BNM menerusi kenyataannya berkata, Suhaimi mula berkhidmat di BNM pada 1998 selepas menamatkan pengajian dari University of Notre Dame, Amerika Syarikat.

Katanya, sepanjang kerjaya beliau di BNM, beliau pernah berkhidmat di pelbagai jabatan, termasuk pembangunan sektor kewangan, pengawalan dan penyeliaan, perancangan strategik, amalan pasaran, perundingan antarabangsa dan perkhidmatan teknologi maklumat (IT) serta Pejabat Gabenor.

“BNM juga ingin mengumumkan persaraan Penolong Gabenor, Norzila Abdul Aziz yang berkuat kuasa 1 April 2022.

“Sejak menyertai BNM pada 1988, Norzila telah memainkan peranan penting dalam memperkukuh dan memodenkan operasi pelaburan dan fungsi pasaran kewangan BNM, serta memacu usaha BNM untuk memperdalam pasaran kewangan Malaysia,” katanya.

Menurut BNM, Penolong Gabenornya, Adnan Zaylani Mohamad Zahid akan mengambil alih portfolio yang dipegang Norzila sekarang iaitu terdiri daripada Jabatan Operasi Pelaburan dan Pasaran Kewangan dan Jabatan Dasar Pertukaran Asing serta akan bertanggungjawab ke atas Jabatan Pengurusan Data dan Statistik.

“Sementara itu, Suhaimi akan mengambil alih portfolio yang dipegang oleh Adnan sekarang ini iaitu terdiri Jabatan Pembangunan dan Inovasi Kewangan, Jabatan Sistem Kewangan Islam dan Jabatan Rangkuman Kewangan.

Dalam pada itu, Gabenor BNM, Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus berkata, BNM merakamkan ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan atas sumbangan Norzila yang besar kepada BNM dan negara sepanjang 35 tahun perkhidmatan beliau.

“Norzila merupakan salah seorang daripada barisan kepimpinan BNM yang banyak berjasa. Khidmat dan kepimpinan beliau yang penuh dedikasi telah membantu BNM mengharungi dan bertindak balas terhadap pelbagai cabaran, antaranya krisis kewangan Asia dan global serta pandemik.

“Kami benar-benar menghargai khidmat beliau. Saya juga berkeyakinan pelantikan Suhaimi akan memperkukuh keupayaan BNM untuk mencapai mandatnya,” ujar beliau.

Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Program Jualan Malaysia (PJM) peringkat kebangsaan dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri
Next: Meow Cafe dibuka di Kuchai Lama, sedia hidangan seluruh dunia

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Before Pregnancy Begins: Steps for a Healthier Start to Motherhood
  • Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration
  • Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma
  • Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”
  • Bean Here! Kini di KPTM Ipoh, Dekati Generasi Muda di Institusi Pengajian Tinggi

RSS RSS Feed

  • Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration
  • Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma
  • Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”
  • Bean Here! Kini di KPTM Ipoh, Dekati Generasi Muda di Institusi Pengajian Tinggi
  • 5 Faktor Yang Jadikan “Pewaris Susuk” Antara Filem Paling Diperkatakan

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

PIX 4
  • Community
  • Health & Awareness
  • Lifestyle
  • Sunway Medical Centre
  • Women Health

Before Pregnancy Begins: Steps for a Healthier Start to Motherhood

Farihin Azlan May 7, 2026
  • Artificial Intelligence (AI)
  • ICT
  • News
  • Technology & Innovation
  • Transformasi Digital

Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration

Farihin Azlan May 7, 2026
TRILOGI_MAINKV_NEW (1)
  • Community
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event
  • Lifestyle
  • Music
  • News

Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma

Farihin Azlan May 6, 2026
classicu 2025-10-17 184120.250
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • Music Release
  • News

Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”

Allya Adriana May 6, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.