Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • redONE, DWA meterai MoA, pacu Program Usahawan Digital
  • ACTIVITY

redONE, DWA meterai MoA, pacu Program Usahawan Digital

Helmi Aziz March 13, 2022 2 minutes read
1626531.jpg

RedONE Network Sdn Bhd (redONE), Pengendali Rangkaian Maya Mudah Alih (MVNO) terbesar di ASEAN, telah menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) dengan perusahaan sosial pendidikan, Digital Way Academy Sdn Bhd (DWA) dalam usaha memacu peningkatan kemahiran digital serta kemahiran semula rakyat Malaysia melalui Program Usahawan Digital.

Majlis menandatangani MoA yang diadakan pada 4 Mac 2022 di ibu pejabat DWA di Kuala Lumpur merupakan salah satu Program Kemajuan Kerjaya KPT (Trek Keusahawanan) pertama yang dikuasakan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Ketua Pegawai Jualan redONE, Ben Teh berkata, kerjasama itu akan mewujudkan perkongsian strategik antara DWA dan redONE dalam pembangunan penting usahawan digital, terutamanya bagi graduan yang menganggur.

“Kita perlu membantu usahawan muda memanfaatkan ekonomi digital dengan lebih baik dan mencipta penyelesaian yang berdaya maju untuk menyelesaikan isu pengangguran dalam kalangan graduan baharu supaya mereka mempunyai peluang secukupnya untuk meningkatkan kualiti hidup dan berkembang maju dalam jangka panjang,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Pengerusi DWA yang juga Profesor Adjung Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Datuk Wei Chuan Beng berkata, bagi menangani kadar pengangguran yang tinggi dan kekurangan pekerjaan, keusahawanan digital adalah formula untuk membawa lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia sambil memacu kemajuan negara yang didorong oleh digital.

Ben Teh (dua dari kiri) bersama Chuan Beng (dua dari kanan) menunjukkan MoA yang ditandatangani bagi memacu peningkatan kemahiran digital serta kemahiran semula rakyat Malaysia melalui Program Usahawan Digital.

Ben Teh (dua dari kiri) bersama Chuan Beng (dua dari kanan) menunjukkan MoA yang ditandatangani bagi memacu peningkatan kemahiran digital serta kemahiran semula rakyat Malaysia melalui Program Usahawan Digital.

Jelasnya, melalui perkongsian itu, usahawan digital terlatih akan mendapat manfaat daripada ekosistem usahawan holistik redONE.

“Ini membolehkan mereka berkembang maju dalam persekitaran yang disokong. Inisiatif ini adalah permulaan usaha dalam melengkapkan tenaga kerja kami dengan kemahiran digital untuk menyesuaikan diri dengan era digital dan peluang kerjaya baharu yang akan datang,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Urusan DWA, Wei Su Hwa berkata, perkongsian itu turut berupaya merapatkan kerajaan (KPT), industri (redONE) dan universiti (UTM) bagi melengkapkan usahawan baharu dengan kecekapan utama untuk membina perniagaan digital moden.

“Bersama-sama dengan UTM, kami telah mereka bentuk kurikulum yang sangat relevan dalam pembangunan perniagaan digital, dipadankan dengan kecekapan hidup seperti pertumbuhan minda, kepimpinan dan komunikasi.

“Melalui perkongsian ini, graduan Malaysia menganggur yang layak boleh mendapat manfaat daripada program yang dibangunkan bersama oleh UTM dan DWA, diketuai oleh pakar subjek yang berkelayakan tinggi dari UTM untuk membina kemahiran dan kecekapan yang diperlukan bagi menerajui perniagaan digital moden dengan pantas,” ujarnya.

Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Ringgit dijangka lemah minggu depan
Next: EJEN ALI THE MOVIE DITAYANGKAN DI REPUBLIK UZBEKISTAN

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.