Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • MGB Berhad labur RM680 juta dalam KTIP
  • ACTIVITY

MGB Berhad labur RM680 juta dalam KTIP

Helmi Aziz March 6, 2022 2 minutes read
1617610.jpg

KEMAMAN – Anak syarikat LBS Bina Group Berhad, MGB Berhad (MGB) melaburkan kira-kira RM680 juta bagi membangunkan projek berkeluasan 407 hektar di Taman Perindustrian Kertih Terengganu (KTIP).

Pengarah Urusan Kumpulan MGB, Datuk Joey Lim Hock Guan berkata, MGB melalui anak syarikat milik sepenuhnya, MGB Construction & Engineering Sdn Bhd (MGBCE) menandatangani perjanjian pembinaan secara keseluruhan dengan Retro Court Sdn Bhd bagi pembangunan Projek Kertih pada September tahun lalu.

“Projek Kertih adalah sebahagian daripada KTIP yang akan menjadi kompleks kilang penapisan bio generasi kedua terbesar di Asia.

“Selaku kontraktor keseluruhan, MGBCE akan melaksanakan keseluruhan reka bentuk, pembiayaan, pembinaan dan penyelesaian, penjualan serta pemasaran disamping pengurusan kredit Projek Kertih dengan anggaran nilai pembangunan kasar (GDV) bagi projek ini kira-kira RM680 juta, ” katanya kepada pemberita selepas merasmikan projek berkenaan disini, pada Ahad.

Majlis berkenaan dirasmikan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Hadir sama, Pengarah Eksekutif yang juga Presiden Terengganu Incorporated Sdn Bhd (Terengganu Inc), Burhanuddin Hilmi [email protected]; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MGB, Datuk Richard Lim Lit Chek serta Pengarah Retro Court Sdn Bhd, Datuk Hendri Dahlan.

Sementara itu, Burhanuddin Hilmi berkata, Terengganu Inc melalui TI Properties Sdn Bhd yang juga anak syarikat kumpulannya telah memeterai perjanjian bagi melaksanakan projek itu bersama Retro Court Sdn Bhd pada tahun 2021.

Beliau berkata, projek kerjasama antara Terengganu Inc serta anak syarikat kumpulan, TI Properties bersama MGB Berhad diyakini bakal mengubah landskap serta sosioekonomi penduduk setempat.

“Lokasi strategik KTIP berada di dalam hab bioekonomi bersepadu membabitkan industri bio-polimer dan produk kimia yang berasaskan bio. Ini memberi akses kepada infrastruktur dan fasiliti sedia ada seperti loji pemprosesan gas dan loji penapisan minyak.

“KTIP juga mempunyai kemudahan logistik penting di wilayah Pantai Timur melalui Pelabuhan Kemaman dan Kertih termasuk Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang bakal menghubungkan bandar-bandar utama di Pantai Timur.

“Ia juga dapat menambah baik kesalinghubungan ke Pantai Barat melalui Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Putrajaya dan Selangor,” katanya.

KTIP yang berada di Zon Ekonomi Khas Wilayah Ekonomi Pantai Timur diakses secara strategik dengan infrastruktur dan fasiliti sedia ada seperti loji pemprosesan gas, loji penapisan minyak dan pelabuhan.

Ketika ini, pelabur sedia ada di KTIP termasuk Arkema Thiochemicals Sdn Bhd. dan CJ Bio Malaysia Sdn. Bhd manakala syarikat biokimia yang berpangkalan di Amerika Syarikat, Gevo sedang membina loji bernilai kira-kira RM2.1 bilion.

Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Hello world
Next: Ain’s Treat sasar perkukuh jenama di pasaran eksport

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.