Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Firefly buka kembali penerbangan Pulau Pinang-Kota Kinabalu
  • ACTIVITY

Firefly buka kembali penerbangan Pulau Pinang-Kota Kinabalu

Helmi Aziz March 4, 2022 2 minutes read
1615382.jpg

KOTA KINABALU – Syarikat Penerbangan Firefly menawarkan pilihan kepada penumpang, khususnya musim perayaan dengan mengembalikan semula operasi mereka menerusi penerbangan pergi balik Kota Kinabalu-Pulau Pinang, bermula 11 April depan.

Ketua Pegawai Eksekutif Firefly, Philip See menjangkakan pembukaan semula laluan menghubungkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) dengan hab Firefly di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas itu mendapat sambutan menggalakkan.

“Kami melancarkan laluan ini tiga minggu sebelum waktu kemuncak musim perayaan Hari Raya, Pesta Kaamatan dan Hari Gawai.

“Bermula 11 April, penerbangan pergi balik Pulau Pinang-Kota Kinabalu beroperasi sekali sehari dan pada 25 April penerbangan ditambah dua kali sehari.

“Ini kerana, pada minggu pertama Mei, penerbangan akan penuh disebabkan perayaan Hari Raya dan ia bersambung dengan hujung bulan bagi perayaan Pesta Kaamatan dan Hari Gawai,” katanya kepada media pada sesi pertemuan dengan media, di sini, pada Khamis.

Ditanya berhubung isu kenaikan harga tiket penerbangan yang mendadak pada musim perayaan, Philip memberi beberapa tip kepada penumpang yang ingin pulang ke kampung terutama pada waktu kemuncak.

“Menjelang Hari Raya, ramai orang akan bercuti jadi apabila permintaan tinggi harga akan naik. Jadi penting untuk kita mendidik orang ramai supaya menempah tiket penerbangan dengan lebih awal.

“Selain itu, penumpang juga harus menempah tiket penerbangan mereka sebelum waktu kemuncak,” katanya.

Philip berkata, dengan pembukaan semula laluan Pulau Pinang-Kota Kinabalu, ia turut merancakkan lagi industri pelancongan antara Sabah dan Semenanjung.

“Sabah mempunyai banyak tarikan pelancongan terutama pengunjung dari Pulau Pinang yang datang berkunjung ke negeri ini.

“Kita menyediakan sebanyak 189 tempat duduk dalam setiap penerbangan dan sasaran pasaran kami adalah mereka yang datang untuk bercuti, yang membuat pemilihan dari segi harga dan mereka yang berkunjung untuk melawat rakan dan keluarga,” katanya.

Sebelum ini, Philip memaklumkan Firefly turut mengembalikan operasi penerbangannya dari hab Pulau Pinang ke Johor Bahru dan Kuching.

Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Fatimah MZ Agro Farm Sdn Bhd sasar 200 lembu ibadah korban
Next: KPLB terus perkasa usahawan desa

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.