Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • PPB Group jangka konflik Rusia-Ukraine beri kesan kenaikan kos
  • ACTIVITY

PPB Group jangka konflik Rusia-Ukraine beri kesan kenaikan kos

Helmi Aziz March 3, 2022 3 minutes read
1614662.jpg

PPB Group Bhd (PBB Group) menjangkakan konflik Rusia-Ukraine akan beri tekanan kos kerana peningkatan kos bahan mentah dan pengangkutan dalam persekitaran kejutan rantaian bekalan serta menjejaskan margin syarikat pada tahun kewangan 2022.

Pengarah Urusannya, Lim Soon Huat berkata, kenaikan kos secara berterusan telah memberi tekanan kepada syarikat tersebut untuk membuat semakan semula harga lebih 10 peratus kepada harga tepungnya (tepung tanpa subsidi) pada 1 Mac.

Ditanya mengenai sama ada kenaikan akan berlaku sekali lagi, beliau berkata kumpulan itu perlu menilai sentimen pengguna terlebih dahulu.

“Kami mahu mempertimbangkan sentimen pengguna terlebih dahulu sebelum melakukan tindakan seterusnya, kenaikan tersebut tidak seharusnya ditanggung kepada pengguna,” kata Lim ketika sidang media yang diadakan secara maya pada Khamis.

Beliau berkata, pilihan yang terhad untuk PPB Group supaya kosnya ditanggung oleh pengguna.

Oleh itu, PPB akan terus mengoptimumkan kecekapan operasinya untuk mengurangkan kesan peningkatan bahan mentah dan kos yang dihadapi oleh segmen bijirin dan perniagaan tani serta barangan pengguna, katanya.

Bagi unit tepung PPB Group, Pengarah dan Pengurus Besar Kumpulan FFM Bhd, Jeremy Goon berkata kenaikan harga tepung tidak dapat menampung kenaikan kos sebenar gandum.

Dilaporkan bahawa niaga hadapan gandum melonjak melepasi AS$10 satu gantang buat pertama kali dalam tempoh 14 tahun dan jagung naik ke paras tertinggi dalam tempoh sembilan tahun berikutan konflik itu.

Selain itu, harga minyak mentah, minyak kacang soya dan minyak sawit mentah terus berlegar pada paras tertinggi.

Rusia dan Ukraine bersama-sama menghasilkan 30 peratus daripada eksport gandum bekalan di seluruh dunia.

Bagi segmen pameran dan pengedaran filem kumpulan itu pula, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan GSC, Koh Mei Lee berkata, empat pawagam baharu berjumlah 42 tayangan akan disediakan tahun ini di Bintulu, Sabah, Sunway Iskandar, Johor, Pusat Bandar Bukit Bintang, Kuala Lumpur dan IOI City Mall, Putrajaya.

GSC juga akan melancarkan lapan dewan ‘BIG’ pada bulan Jun dan membuka dua kafe ‘Happy Good Co’ tahun ini.

Secara keseluruhan, Koh berkata kumpulan itu memperuntukkan sebanyak RM832 juta untuk komitmennya dalam tempoh lima tahun akan datang.

Daripada jumlah itu, RM62 juta diperuntukkan untuk segmen bijirin dan perniagaan tani, RM15 juta untuk hartanah, RM6.5 juta untuk produk pengguna, RM600,000 untuk utiliti alam sekitar dan kejuruteraan, RM113 juta untuk pameran dan pengedaran filem serta RM1.56 bilion untuk operasi lain.

Segmen hartanahnya diunjur pulih secara beransur-ansur dengan projek Megah Rise dijangka siap pada suku kedua 2022.

Kumpulan itu menjangkakan prestasi syarikat sekutunya yang tersenarai di Singapura Wilmar International Ltd akan terus menyumbang dengan ketara kepada keuntungan keseluruhan kumpulan itu.

PPB mencatatkan keuntungan bersih lebih tinggi sebanyak RM1.5 bilion untuk tahun kewangan 2021 daripada RM1.32 bilion setahun sebelumnya kebanyakannya disebabkan sumbangan keuntungan daripada Wilmar yang meningkat sebanyak 21 peratus kepada RM1.5 bilion daripada RM1.24 bilion pada tahun kewangan 2020.

Bagaimanapun, sebahagiannya diimbangi oleh kerugian kumpulan teras sebanyak RM4 juta (berbanding keuntungan RM179 juta pada tahun kewangan 2020) terutamanya disebabkan oleh penurunan 77 peratus dalam keuntungan daripada segmen bijirin dan perniagaan tani.

Hasilnya melonjak kepada RM4.86 bilion daripada RM4.19 bilion pendapatan lebih tinggi yang dicatatkan dalam semua segmen teras. – Bernama

Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Minyak mentah cecah paras tertinggi, Brent melonjak 3.62 peratus
Next: PJKM rekod jumlah jualan lebih RM29.38 juta

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.