Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • HDC iktiraf 16 organisasi atas sumbangan kepada industri halal
  • ACTIVITY

HDC iktiraf 16 organisasi atas sumbangan kepada industri halal

Helmi Aziz February 22, 2022 2 minutes read
1506720.jpeg

SHAH ALAM – Halal Development Corporation Berhad (HDC) menganugerahkan 16 organisasi atas sumbangan mereka dalam pertumbuhan industri halal semasa Anugerah Kecemerlangan Halal Sedunia (WHEA 2021).

Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, pencapaian ini merupakan sejarah penting bagi organisasi masing-masing.

“Sebahagian daripada mereka adalah jenama terkenal yang telah lama berada dalam industri masing-masing, kekal berdaya tahan semasa wabak Covid-19 dan mematuhi proses piawai halal yang ketat dalam operasi mereka.

“Secara tidak langsung ini mempamerkan pentingnya halal dalam perniagaan untuk mendapatkan keyakinan pelanggan dan sokongan pasaran,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Acara tahunan berprestij ini dahulunya dikenali sebagai Anugerah Kecemerlangan Persidangan Halal Sedunia yang dianjurkan untuk mengiktiraf, menghargai sumbangan dan pencapaian cemerlang oleh pemain industri halal negara.

Sehingga kini, lebih 200 pengiktirafan telah diberikan kepada individu, organisasi dan syarikat.

WHEA 2021 ini disampaikan oleh Mohamed Azmin dan dua kategori teratas adalah Anugerah Kecemerlangan Prestasi Negeri Halal dan Anugerah Kecemerlangan PKS Usahawan Terbaik Halal.

Bagi kategori organisasi, anugerah yang disediakan adalah Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Antarabangsa Halal; Anugerah Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Halal; Anugerah Kecemerlangan Inovasi Halal; Anugerah Kecemerlangan Logistik Halal; Anugerah Kecemerlangan Makanan dan Minuman Halal; Anugerah Kecemerlangan Jenama Terkemuka Halal dan Anugerah Kecemerlangan Kewangan Halal.

Pada majlis anugerah ini diumumkan kerjasama HDC dan Suruhanjaya Perdagangan dan Pelaburan Australia (AUSTRADE) untuk menjadi tuan rumah dan penganjuran Siri Persidangan Perniagaan Halal Sedunia 2022 di Melbourne, Australia yang dijadual diadakan pada Jun 2022.

Pengumuman itu dibuat oleh Ketua Pegawai Eksekutif HDC, Hairol Ariffein Sahari dan Penolong Pesuruhjaya Tinggi Australia, Hannah Birdsey yang mewakili Pesuruhjaya Tingginya, H.E Dr Justin Lee.

Dalam pada itu, Hairol berkat,a kerjasama ini bukan sahaja tertakluk kepada perkongsian pandangan dan pasaran.

“Yang penting, ia akan merangkumi projek dan usaha sama bagi meningkatkan perdagangan, pertukaran pengetahuan kajian pasaran, pelaburan di taman halal, latihan dan perundingan serta penganjuran bersama acara berkaitan halal,” katanya.

Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Axiata rekod keuntungan bersih RM819.9 juta
Next: Pasaran getah ditutup tinggi

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.