Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • TM sertai konsortium bina sistem kabel bawah laut merentas benua
  • ACTIVITY

TM sertai konsortium bina sistem kabel bawah laut merentas benua

Helmi Aziz February 21, 2022 2 minutes read
1505599.jpg

KUALA LUMPUR – Telekom Malaysia Bhd (TM) telah menyertai konsortium untuk bina sistem kabel bawah laut Asia Tenggara-Timur Tengah-Eropah Barat 6 (SEA-ME-WE 6) yang akan menghubungkan Malaysia dengan beberapa negara lain.

TM dalam satu kenyataan pada Isnin berkata, sistem kabel bawah laut itu akan menghubungkan Malaysia dengan pelbagai negara seperti Singapura, Bangladesh, India, Sri Lanka, Maldives, Pakistan, Oman, Djibouti, Arab Saudi, Mesir dan Perancis.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Imri Mokhtar berkata, pelaburan TM dalam SEA-ME-WE 6 akan membolehkan syarikat itu menangani keperluan kapasiti bagi menampung permintaan digital yang semakin meningkat di seluruh Asia dan Eropah sambil terus menyediakan penyelesaian sambungan global yang boleh dipercayai.

“Ia juga akan membolehkan TM untuk menyokong penggunaan pusat data ‘Hyperscalers’ termasuk keperluan masa depan rangkaian 5G di negara ini.”

“Kabel bawah laut ini akan disambungkan ke stesen pendaratan kabel TM yang baharu di Morib, tambahan terkini kepada empat stesen pendaratan kabel antarabangsa TM di negara ini,” katanya.

Imri juga berkata, jarak kabel itu yang agak strategik ke Lembah Klang, yang berdekatan dengan kebanyakan pusat data Hyperscalers, menjadikan Morib sebagai tapak pendaratan kabel utama untuk Malaysia.

Penyertaan TM dalam konsortium itu dirasmikan melalui pemeteraian perjanjian pembinaan dan penyelenggaraan dengan semua ahli konsortium baru-baru ini.

SEA-ME-WE 6 akan menyediakan TM dengan salah satu laluan latensi terendah antara Malaysia dan Eropah selain mewujudkan lapisan tambahan kepelbagaian rangkaian dan daya tahan untuk trafik yang sibuk Asia dan Eropah.

“Dengan kecanggihan teknologinya, konsep sistem kabel terbuka dan kapasiti reka bentuk lebih daripada 100 terabait sesaat, pelaburan terbaru ini pasti akan memberikan anggota konsortium dengan kawalan lengkap ke atas pengurusan trafik mereka,” kata Imri lagi.

Selain TM, konsortium SEA-ME-WE 6 merangkumi peneraju-peneraju global seperti Bangladesh Submarine Cable Company Ltd, Bharti Airtel Ltd, Dhivehi Raajjeyge Gulhun Plc, Djibouti Telecom SA, Etihad Etisalat Company, Orange, PT Telekomunikasi Indonesia International, Singapore Telecommunications Ltd, Sri Lanka Telecom PLC, Telecom Egypt dan Trans World Associates. – Bernama

Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: E-Desa platform usahawan luar bandar KPLB pasarkan produk
Next: Industri halal sektor strategik berimpak tinggi

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.