Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • E-Desa platform usahawan luar bandar KPLB pasarkan produk
  • ACTIVITY

E-Desa platform usahawan luar bandar KPLB pasarkan produk

Helmi Aziz February 21, 2022 2 minutes read
1505634.jpeg

KUALA LUMPUR – Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) menyasarkan 20,000 usahawan berdaftar dengan aplikasi e-dagang iaitu e-Desa yang dibangunkan khusus untuk industri kecil dan sederhana (IKS) di luar bandar menjelang hujung tahun ini.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, seramai 500 usahawan luar bandar telah mendaftar setakat ini dan menjangkakan ia akan meningkat kepada 1,000 orang pada Ramadan dan 20,000 orang menjelang hujung tahun.

Justeru, beliau mengharapkan usahawan IKS di bawah KPLB dan agensinya untuk merebut peluang ini dengan mendaftar bersama platform e-Desa bagi memasarkan produk masing-masing.

“Kementerian melihat e-Desa berpotensi untuk berkembang sebagai platform pemasaran produk usahawan luar bandar. Ia secara tidak langsung menjadi platform tambahan kepada program Desa [email protected] yang menjadi platform usahawan tempatan berniaga secara dalam talian dan fizikal.

“Platform e-Desa boleh bersama-sama KPLB memainkan peranan untuk kesejahteraan rakyat iaitu bagaimana nak meningkatkan pendapatan dan hasil masyarakat luar bandar khususnya peniaga kecil.

“Agensi di bawah KPLB juga bersedia untuk membantu penduduk luar bandar meningkatkan pendapatan mereka melalui platform ini,” katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Platform e-Desa di sini pada Isnin.

Turut hadir, Ketua Setiausaha KPLB, Datuk Ramlan Harun; Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KPLB, Datuk Che Murad Sayang Ramjan; Ketua Pengarah Mara, Datuk Azhar Abdul Manaf dan Pengarah Urusan e-Desa, Saiful Zaharin Zakariya.

Jelas Mahdzir, KPLB mempunyai banyak agensi yang memberi pinjaman, geran dan khidmat nasihat kepada peniaga kecil dan usahawan di luar bandar untuk dimanfaatkan.

“Diharap e-Desa akan memberi peluang dan ruang kepada produk ‘orang kampung’ dipasarkan dengan lebih meluas dan bakal menjadi aplikasi wajib bagi setiap rakyat Malaysia terutama untuk mendapatkan produk serta perkhidmatan buatan tempatan,” ujar beliau.

Platform e-Desa dibangunkan oleh pasangan suami isteri yang juga usahawan, Saiful Zaharin Zakariya dan Fadhilah Azmi dari Kuala Nerang, Kedah.

Ia merupakan aplikasi e-dagang yang memfokuskan jualan produk dan perkhidmatan IKS termasuk pertanian, hasil laut, makanan, inap desa, barang mentah dan buah-buahan.

Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Syarikat tempatan tandatangani 8 MoU, jana pelaburan RM197 juta
Next: TM sertai konsortium bina sistem kabel bawah laut merentas benua

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.