Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • MATRADE, MEDAC, SME Bank bantu pulihkan PKS pasca pendemik
  • ACTIVITY

MATRADE, MEDAC, SME Bank bantu pulihkan PKS pasca pendemik

Helmi Aziz February 14, 2022 2 minutes read
1497116.jpg

KUALA LUMPUR – Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) bekerjasama dengan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) serta SME Bank untuk membantu memulihkan perniagaan 11 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Malaysia pasca pandemik.

MATRADE dalam satu kenyataan pada Isnin berkata, syarikat itu terdiri daripada pelbagai sektor dalam Misi Peningkatan Eksport (Export Acceleration Mission) ke Ekspo Dunia 2020 Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Matlamat misi berkenaan adalah untuk memberi peluang kepada mereka mengembangkan kehadiran jenama masing-masing dalam pasaran selain menjalinkan perkongsian perniagaan dengan UAE dan negara-negara jirannya.

Bagi tahun ini, MATRADE akan terus mewujudkan dan memanfaatkan kerjasama strategik dengan pelbagai kementerian, agensi, kedutaan asing dan persatuan industri perdagangan dalam melaksanakan program berkaitan eksport untuk menghasilkan lebih banyak peluang kepada komuniti perniagaan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Mustafa Abdul Aziz berkata, kerjasama strategik itu menandakan pentingnya sinergi dalam ekosistem perdagangan dalam mengukuhkan daya saing perdagangan Malaysia seperti yang disyorkan oleh Rangka Tindakan Perdagangan Nasional (NTBp).

“MATRADE telah menggariskan sejumlah 286 program promosi eksport dan pembangunan pengeksport tahun ini bagi syarikat Malaysia untuk menghadapi permintaan pasaran serta mengembangkan jejak global mereka.

“Oleh itu, adalah penting untuk semua pihak bekerjasama bagi memastikan program-program itu menghasilkan kesan berimpak tinggi dan akhirnya mampu melonjakkan eksport ke trajektori pertumbuhan,” tambahnya. – Bernama



Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Malaysia bakal jadi pengeluar ikan sardin halal di Asia
Next: TM tingkat pengalaman pelanggan menerusi spektrum 2600 MHZ

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.