Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • DPIM, Quantum Metal perkenal pelaburan emas patuh syariah
  • ACTIVITY

DPIM, Quantum Metal perkenal pelaburan emas patuh syariah

Helmi Aziz February 12, 2022 2 minutes read
1495186.jpg

DEWAN Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) telah menjalinkan kerjasama perniagaan bersama syarikat Quantum Metal Sdn Bhd bagi inisiatif produk jual beli dan penyelesaian pemulihan ekonomi melalui emas secara digital dan patuh syariah.

Presiden DPIM, Mohammad Sahar Mat Din berkata, pengenalan inisiatif tersebut sebagai satu usaha untuk membantu meningkatkan tahap ekonomi umat Islam.

Menurutnya, pelaburan emas yang diperkenalkan oleh DPIM dan Quantum Metal secara patuh syariah dan digital itu juga adalah yang pertama seumpamanya di dunia.

“Produk emas yang kami perkenalkan ini adalah patuh syariah dengan menggunakan instrumen Komoditi Murabahah berbanding produk lain di luar sana yang tidak patuh syariah.

“Dengan produk simpanan dan jual beli emas ini akan dapat memberi pilihan kepada individu, pemilik syarikat dan masyarakat secara amnya untuk meningkatkan tahap ekonomi di samping menjana pendapatan untuk diri sendiri dan keluarga.

“Harga emas juga dilihat akan terus meningkat untuk tahun akan datang dan bakal memberikan pulangan yang baik kepada masyarakat,” katanya dalam sidang media selepas memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama syarikat Quantum Metal Sdn Bhd pada Sabtu.

Mohammad Sahar menjelaskan DPIM dan Quantum Metal menawarkan tiga produk dengan caj yang rendah untuk membolehkan masyarakat membeli emas dengan harga yang lebih murah.

Beliau berkata, apabila harga emas dapat dibeli dengan harga yang lebih rendah, ia akan memberikan pulangan yang lebih cepat kepada orang ramai.

“DPIM amat yakin platform simpanan dan penyelesaian pemulihan ekonomi melalui emas secara digital ini akan dapat menjadi salah satu kaedah terbaik dalam membantu semua golongan khususnya untuk memelihara harta simpanan dalam bentuk emas dan juga sebagai ruang terbaik untuk mengembangkan lagi aset.

“Dalam memastikan produk ini dapat diperkenalkan dengan meluas, DPIM sedang giat mengadakan pelbagai aktiviti dan sesi perkongsian seperti taklimat, sesi latihan dan pengiklanan di seluruh negara,” katanya.

Sementara itu, Pengasas Quantum Metal, Datuk Lim Khong Soon berkata, kerjasama dengan DPIM itu akan memberikan ruang lebih ramai masyarakat mendapatkan emas dan mendapatkan pulangan daripada pelaburan emas tersebut.

“Kerjasama ini juga membuka lebih ruang bukan sahaja kepada masyarakat di negara ini dengan menyasar meluaskan produk ini di peringkat antarabangsa. Kami juga menyasarkan produk ini akan berada di 60 negara pada masa akan datang,” katanya.

Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Ekonomi negara dijangka terus berkembang tahun ini: Mustapa
Next: PTSB, ToyyibGold, Virtualizer cipta sistem simpan emas

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.