Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Inflasi kekal menyederhana pada 2020: BNM
  • ACTIVITY

Inflasi kekal menyederhana pada 2020: BNM

Helmi Aziz February 11, 2022 2 minutes read
1493792.jpg

KUALA LUMPUR – Bank Negara Malaysia (BNM) menjangkakan inflasi kekal menyederhana pada 2022, lebih hampir kepada purata jangka panjangnya, manakala inflasi teras juga berkemungkinan kekal sederhana tahun ini.

Gabenor BNM, Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus berkata, bank pusat akan terus berhati-hati terhadap perkembangan berterusan dalam permintaan dan tekanan kos selain terus terlibat secara aktif dengan pemain industri untuk memantau dinamik harga dengan teliti apabila keadaan ekonomi bertambah baik.

“Kami menjangkakan perbelanjaan isi rumah terus menyokong pertumbuhan tahun ini. Pelonggaran langkah-langkah pembendungan dan pemulihan pasaran pekerjaan serta keadaan pendapatan adalah faktor yang akan meningkatkan aktiviti penggunaan.

“Bagaimanapun, perkembangan berkisar pandemik – terutamanya jika penggunaan kapasiti penjagaan kesihatan mengalami tekanan – berserta tekanan terhadap harga akibat kekangan bekalan, ini mungkin boleh menjejaskan sentimen dan perbelanjaan sebenar,” katanya kepada pemberita selepas mengumumkan pertumbuhan ekonomi Malaysia bagi suku keempat 2021, yang diadakan secara maya pada Jumaat.

Pada tahun 2021, purata inflasi keseluruhan adalah 2.5 peratus berbanding -1.2 peratus pada 2020, manakala inflasi teras mencatatkan purata sebanyak 0.7 peratus daripada 1.1 peratus pada 2020.

Nor Shamsiah turut mengetepikan kebimbangan Malaysia memasuki fasa hiperinflasi sambil menyatakan stagflasi ala-1974 tidak mungkin berlaku.

“Sekiranya kita mengimbas kembali dalam tempoh 30 tahun lepas, kadar inflasi tertinggi yang kita pernah lihat ialah kira-kira 8.5 peratus pada Julai-Ogos 2008 apabila harga minyak meningkat dua kali ganda kepada hampir AS$150 setong daripada AS$74 setong tahun sebelumnya,” katanya. – Bernama



Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Ringgit ditutup rendah susulan pengukuhan dolar AS
Next: Ekonomi negara dijangka terus berkembang tahun ini: Mustapa

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.