Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Tempoh permohonan URUS dilanjutkan: BNM
  • ACTIVITY

Tempoh permohonan URUS dilanjutkan: BNM

Helmi Aziz February 11, 2022 2 minutes read
1493785.jpg

KUALA LUMPUR – Keputusan melanjutkan tempoh permohonan Program Pengurusan dan Ketahanan Kewangan (URUS) sehingga 31 Mac, 2022 dibuat selepas mengambil kira kesan banjir terhadap banyak isi rumah dan perniagaan, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus.

Beliau berkata, sesetengah peminjam masih menghadapi kesukaran walaupun kebanyakan perniagaan telah kembali meneruskan aktiviti mereka dan apabila pasaran pekerjaan bertambah baik.

“Memandangkan ekonomi telah mula pulih, ia juga penting bagi kita untuk mengalihkan tumpuan untuk melaksanakan pembaharuan yang diperlukan untuk meningkatkan produktiviti dan pendapatan.

“Malaysia tidak mampu untuk terlepas peluang terutamanya jika kita mahu menjadi kompetitif pasca pandemik, sama ada dalam ekonomi hijau, pendigitalan atau daya tahan rantaian bekalan,” katanya pada sidang media maya selepas pengumuman keluaran dalam negara kasar (KDNK) suku keempat 2021 pada Jumaat.

Permohonan URUS dilanjutkan sehingga 31 Mac, 2022 untuk pelanggan kumpulan pendapatan B50 yang layak dan mengikuti program bantuan banjir bank.

Nor Shamsiah berkata, industri perbankan melanjutkan tempoh permohonan URUS untuk memastikan sokongan terus tersedia kepada peminjam yang terjejas kerana mereka memerlukan lebih banyak masa untuk bangkit semula.

Sementara itu, Timbalan Gabenor, Jessica Chew Cheng Lian berkata, bank-bank akan terus mengadakan program penstrukturan semula yang berterusan untuk membantu peminjam yang terus menghadapi masalah kewangan.

“Ia tidak bermakna tiada bantuan untuk peminjam lain dan ia juga tidak bermakna sehingga akhir Mac, 2022, bagi mereka yang telah mengambil program bantuan banjir daripada bank, tidak akan ada bantuan lagi,” katanya.

Mengenai pinjaman tidak berbayar (NPL), Jessica berkata, bank pusat itu menjangkakan risiko kredit dapat diurus walaupun prospek masih kekal mencabar berikutan perkembangan pandemik.

Beliau berkata, bank-bank telah membina peruntukan yang besar setakat ini dan menjangkakan kebanyakan bank mengekalkan peruntukan itu untuk 2022 supaya ia dapat membantu menampung potensi kerugian kredit.

“Keduanya, memandangkan program bantuan pembayaran balik secara progresif akan berakhir, bank-bank juga semakin terlibat dengan peminjam,” tambahnya.

Sementara itu, bagi kumpulan peminjam yang paling rentan, beliau mengingatkan bahawa program bantuan pembayaran semula masih ada untuk mereka terutamanya program URUS. – Bernama

Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Negara rekod Lebihan Imbangan Akaun Semasa RM15.2 bilion
Next: BNM gesa ketidakpadanan bekalan, permintaan perumahan diatasi

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.