Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Negara rekod Lebihan Imbangan Akaun Semasa RM15.2 bilion
  • ACTIVITY

Negara rekod Lebihan Imbangan Akaun Semasa RM15.2 bilion

Helmi Aziz February 11, 2022 4 minutes read
1493518.jpg

IMBANGAN Akaun Semasa (CAB) Malaysia merekodkan lebihan sebanyak RM15.2 bilion pada akhir suku tahun 2021 berbanding RM11.6 bilion pada suku sebelumnya.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, peningkatan lebihan akaun semasa pada suku keempat tahun lepas itu didorong oleh eksport bersih barangan yang lebih tinggi dengan pertumbuhan dua angka pada harga komoditi.

“Akaun Barangan mencatatkan eksport bersih RM51.8 bilion, tertinggi sejak suku tahun ketiga 2008 yang merekodkan RM50.9 bilion.

“Eksport barangan dengan sumbangan sebanyak 92.0 peratus daripada keseluruhan eksport Malaysia telah berkembang pada kadar yang lebih laju untuk mencatatkan RM271.3 bilion daripada RM236.6 bilion pada suku sebelumnya.

“Kenaikan sebanyak 14.7 peratus ini adalah hasil daripada eksport yang lebih tinggi bagi produk berasaskan Elektrik & Elektronik (E&E), Minyak sawit dan Bahan Kimia terutamanya ke China, Singapura serta Amerika Syarikat,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Pada masa sama, Mohd Uzir berkata, import barangan juga mencatatkan peningkatan 12.3 peratus suku ke suku kepada RM219.5 bilion

Beliau berkata, pada suku keempat 2021, barangan perantaraan, modal dan penggunaan telah diimport terutamanya dari China, Singapura dan Taiwan.

Selain akaun barangan, Mohd Uzir berkata, lebihan akaun semasa pada akhir suku tahun turut disokong oleh defisit yang lebih rendah dalam akaun pendapatan sekunder iaitu RM1.4 bilion berbanding defisit RM3.1 bilion pada suku lepas.

“Terimaan meningkat sebanyak 47.6 peratus kepada RM6.4 bilion berbanding suku sebelumnya berikutan aliran masuk kiriman wang yang lebih tinggi oleh rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara.

“Sementara itu, bayaran juga meningkat kepada RM7.8 bilion berbanding RM7.4 bilion pada suku tahun ketiga 2021,” ujarnya.

Mengulas lanjut, Mohd Uzir menyatakan bahawa akaun Perkhidmatan merekodkan defisit yang lebih tinggi sebanyak RM15.5 bilion pada suku tahun keempat 2021 daripada defisit RM15.2 bilion pada suku sebelumnya.

Jelasnya, eksport Perkhidmatan meningkat sebanyak 10.1 peratus untuk mencatatkan RM23.6 bilion mankaal import juga meningkat sebanyak 6.6 peratus kepada RM39.1 bilion.

“Ini disebabkan oleh defisit yang lebih tinggi dalam Pengangkutan, Telekomunikasi, komputer dan maklumat serta defisit yang berterusan dalam Perjalanan.

“Pengangkutan mencatatkan defisit RM8.8 bilion, lebih tinggi sebanyak 0.8 bilion berbanding suku lepas terutamanya disumbangkan oleh peningkatan import bagi aktiviti muatan,” katanya.

Mohd Uzir menjelaskan bahawa bagi perjalanan, perbelanjaan inbound meningkat kepada RM209.3 juta berbanding RM58.8 juta pada suku sebelumnya.

Menurut beliau, peningkatan itu disumbang oleh usaha kerajaan dalam memperkenalkan program Gelembung Pelancongan Antarabangsa Langkawi (LITB) dan inisiatif menghubungkan semula Malaysia dan Singapura melalui Vaccinated Travel Lane(VTL) kepada pelancong antarabangsa yang divaksin sepenuhnya.

“Ini telah menyumbang kepada kepada peningkatan ketibaan pelancong pada suku ini. Namun begitu, defisit yang lebih tinggi sebanyak RM3.8 bilion dalam Perjalanan adalah disebabkan oleh perbelanjaan outbound yang bernilai RM4.0 bilion melebihi perbelanjaan inbound.

Dalam pada itu, Mohd Uzir memaklumkan Akaun Kewangan berubah arah aliran untuk mencatatkan aliran keluar bersih sebanyak RM2.2 bilion pada suku ini daripada aliran masuk bersih RM22.8 bilion pada suku sebelumnya.

Katanya, trend itu disebabkan terutamanya oleh aliran keluar bersih dalam Pelaburan Lain yang mencatatkan RM14.0 bilion susulan daripada pemberian pinjaman antara bank dan penempatan deposit lebih tinggi oleh residen dengan institusi kewangan di luar negara.

“Sementara itu, Pelaburan Langsung Asing (FDI) berkembang sebanyak RM11.9 bilion untuk merekodkan aliran masuk bersih sebanyak RM24.7 bilion pada suku ini, tertinggi sejak wabak Covid-19.

“Aliran masuk ini adalah disumbangkan oleh pelaburan semula pendapatan yang lebih tinggi. Pembuatan kekal sebagai sektor tarikan utama bagi pelabur asing di Malaysia, diikuti oleh Kewangan dan Perlombongan serta pengkuarian,” ujarnya yang turut memaklumkan bahawa sumber utama FDI adalah daripada Amerika Syarikat, Belanda dan Republik Korea.

Pada masa sama, Mohd Uzir berkata, Pelaburan Langsung Asing di Luar Negeri (DIA) berubah ke aliran keluar bersih sebanyak RM15.0 bilion daripada aliran masuk bersih RM4.7 bilion pada suku sebelumnya dan ia didorong oleh instrumen hutang.

Katanya, sektor utama yang menyumbang kepada aliran keluar adalah Perkhidmatan terutamanya dalam aktiviti Kewangan, diikuti oleh sektor Pembinaan dan Pembuatan dengan tiga destinasi utama DIA adalah Belanda, Switzerland dan Kanada.

Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: KDNK Malaysia pulih 3.6 peratus suku keempat 2021
Next: Tempoh permohonan URUS dilanjutkan: BNM

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.