Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • MITI gesa PKS mohon sijil Logo Kebangsaan Jenama Malaysia
  • ACTIVITY

MITI gesa PKS mohon sijil Logo Kebangsaan Jenama Malaysia

Helmi Aziz February 10, 2022 2 minutes read
1493381.jpg

PETALING JAYA – Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menggesa lebih banyak perusahaan kecil dan sederhana (PKS) memohon pensijilan Logo Kebangsaan Jenama Malaysia oleh SME Corporation Malaysia (SME Corp) untuk mempromosikan produk tempatan dalam pasaran antarabangsa.

Timbalan Menteri, Datuk Lim Ban Hong berkata pensijilan itu penting dalam usaha untuk melonjakkan reputasi negara di peringkat dunia.

“Mengikut skim Logo Kebangsaan Jenama Malaysia, syarikat yang menyertainya dan berjaya melepasi proses penilaian yang ketat akan diberikan hak untuk menggunakan jenama tersebut pada produk dan perkhidmatan eksport mereka,” katanya pada majlis makan malam Tahun Baharu Cina 2022 anjuran Persatuan PKS Malaysia di sini, pada Khamis

Beliau berkata setakat Disember 2021, sebanyak 173 perusahaan domestik telah diperakui dengan pensijilan Logo Kebangsaan Jenama Malaysia.

Bagi memperkukuh lagi kualiti dan reputasi kecemerlangan produk Malaysia, perusahaan yang diperakui tersebut perlu menjalani prosedur pengauditan dan pemantauan berkala, katanya.

Sementara itu, Persatuan PKS Malaysia mahu kerajaan membantu dalam menyokong PKS tempatan mengautomasikan lagi kemudahan mereka selain kekal kompetitif untuk merangsangkan pembangunan ekonomi yang sihat.

Presiden Kebangsaan, Ding Hong Sing berkata perniagaan di Malaysia tidak seharusnya mengabaikan kepentingan automasi ke atas kemudahan pada era rangkaian moden dan kecerdasan buatan.

“Melalui langkah penggunaan teknologi di tempat kerja, PKS boleh merealisasikan kecekapan kerja yang lebih tinggi dengan kurangnya tenaga kerja, peralatan, masa dan ruang, di samping memakmurkan ekonomi,” katanya.

Beliau juga berharap kerajaan dapat memudahkan proses pengambilan pekerja dan mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing untuk memastikan tenaga kerja tempatan meraih manfaat daripada persekitaran kerja yang dijangka lebih baik dalam jangka masa panjang. – Bernama

Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Ringgit ditutup tidak berubah berbanding dolar AS
Next: Harga minyak sawit terjejas

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.