Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Golongan B40, M40 disaran ceburi perniagaan francais
  • ACTIVITY

Golongan B40, M40 disaran ceburi perniagaan francais

Helmi Aziz February 9, 2022 2 minutes read
1444124.jpg

SHAH ALAM – Kerajaan negeri Selangor menggalakkan lebih ramai golongan B40 dan M40 menceburkan diri dalam perniagaan francais kerana ia memberi sumbangan yang positif terhadap pemulihan dan pengukuhan ekonomi pasca-pandemik.

Exco Perumahan, Kesejahteraan Bandar dan Pembangunan Usahawan Selangor, Rodziah Ismail berkata, sistem perniagaan francais adalah salah satu kaedah pengedaran produk dan perkhidmatan yang sistematik, mempunyai tahap pengurusan yang efisien serta produktiviti dapat ditingkatkan melalui pemindahan pengetahuan dan teknologi sekali gus dapat memenuhi kehendak dan keperluan pengguna.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada Majlis Perasmian Program Jelajah Francais Mikro dan Mampu Milik (Jelajah F3M) peringkat negeri Selangor baru-baru ini.

Program Jelajah F3M Selangor siri keempat itu merupakan program anjuran Persatuan Francais Malaysia (MFA) bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Rodziah berkata, program itu dapat melahirkan lebih ramai usahawan francais di Selangor menerusi pemberian geran di bawah Program F3M, kerajaan Selangor turut memberi bantuan melalui skim HIJRAH Selangor, Geran Dana Usahawan Mikro Selangor (DUMS) dan inisiatif tawaran ruang niaga oleh pihak berkuasa tempatan di Selangor.

KPDNHEP menyediakan dua jenis geran untuk program pembangunan francais mikro dan mampu milik dengan melibatkan peruntukan sebanyak RM6 juta.

Fokus pemberian dua jenis geran itu adalah bagi meningkatkan bilangan usahawan francais daripada golongan B40 dan M40 melalui geran padanan dan geran penuh untuk membantu usahawan membangunkan lebih banyak pakej francais bernilai RM100,000 dan RM50,000 ke bawah.

Sementara itu, Pengerusi MFA, Datuk Dr Radzali Hassan berkata, MFA sentiasa bersedia dan komited untuk membantu para usahawan dan orang ramai yang memerlukan sokongan dan khidmat nasihat bagi menceburi perniagaan francais.

Orang ramai yang ingin mengetahui lebih lanjut maklumat berkaitan perniagaan francais, boleh hubungi MFA di talian 03-62414141 atau melayari laman web, www.mfa.org.my. – Bernama

Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Produk minyak sawit lestari keluaran Malaysia mula dijual di Dubai
Next: Tiga skim baharu bantu usahawan Selangor

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.