Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
  • ACTIVITY

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

Helmi Aziz February 9, 2022 2 minutes read
1443191.jpg

RINGGIT dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu berikutan mata wang negara maju itu memperoleh minat susulan laporan mengenai kenaikan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan (Fed) AS, kata penganalisis.

Pada jam 9 pagi, mata wang tempatan diniagakan pada 4.1840/1870 berbanding dolar AS daripada 4.1835/1865 ketika ditutup pada Selasa.

Ketua Ahli Ekonomi, Bank Islam Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, ringgit sewajarnya kekal stabil pada Rabu memandangkan harga minyak mentah Brent diperbetulkan sedikit kepada sekitar AS$90 setong.

“Peserta pasaran mungkin menunggu data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku keempat 2021 yang akan diumumkan pada Jumaat ini.

“Jangkaan kami menunjukkan KDNK bagi suku terakhir 2021 boleh berada pada pertumbuhan 3.1 peratus selepas mengalami penguncupan 4.5 peratus pada suku sebelumnya,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata, kemungkinan peningkatan ringgit adalah sesuatu yang dijangkakan memandangkan kerajaan juga tidak mustahil akan mengumumkan pembukaan seterusnya bagi sempadan antarabangsa seawal Mac.

Mohd Afzanizam berkata, justeru, jika itu berlaku, ekonomi Malaysia diunjurkan menjadi lebih rancak kerana industri pelancongan menyumbang kira-kira 12.5 peratus kepada KDNK pada 2019, setahun sebelum ekonomi global dilanda kesan pandemik Covid-19.

“Seterusnya, kadar dasar semalaman yang lebih tinggi juga satu kemungkinan, kerana ia boleh membantu meningkatkan nilai ringgit memandangkan perbezaan kadar faedah dengan negara maju kekal memihak kepada kita,” katanya.

Beliau berkata, buat masa ini, ringgit dijangka diniagakan pada paras 4.18.

Sementara itu, ringgit diniagakan tinggi kebanyakannya berbanding mata wang utama lain.

Unit tempatan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.1105/1130 daripada 3.1106/1131 ketika ditutup pada Selasa dan naik berbanding yen Jepun kepada 3.6222/6251 daripada 3.6258/6284.

Ringgit juga stabil berbanding pound British kepada 5.6664/6705 daripada 5.6691/6731 ketika penutupan semalam namun susut berbanding euro kepada 4.7752/7786 daripada 4.7713/7747. – Bernama

Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Tenggiri jeruk dari resipi arwah ibu
Next: Kilang NBL terbesar dibangunkan di Kedah Rubber City

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.