Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • PTPTN tawar hadiah lumayan hampir RM100,000
  • ACTIVITY

PTPTN tawar hadiah lumayan hampir RM100,000

Helmi Aziz January 20, 2022 2 minutes read
1417049.jpg

SHAH ALAM – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menerusi kempen Gong Xi Ang Pow 2022 menawarkan hadiah keseluruhan hampir RM100,000 untuk dimenangi sempena perayaan Tahun Baharu Cina yang akan disambut pada 1 Februari nanti.

PTPTN dalam satu kenyataan berkata, kempen Gong Xi Ang Pow 2022 dianjurkan di peringkat negeri pada kali ini terbuka kepada semua pendeposit Simpan SSPN iaitu simpan SSPN Prime dan Simpan SSPN Plus.

“Tempoh promosi kempen adalah selama sebulan bermula 15 Januari 2022 hingga 15 Februari 2022,” jelas kenyataan itu pada Ahad.

Menurut kenyataan itu, setiap negeri menawarkan hadiah menarik kepada lapan pemenang iaitu pemenang pertama akan memenangi TV Pintar 4K 50”, pemenang kedua pula memenangi periuk tekanan tinggi manakala seorang pemenang ketiga ialah basikal lipat serta lima pemenang saguhati menerima ang pow bernilai RM388.

“Untuk menyertai kempen ini, pendeposit hanya perlu membuat simpanan bersih serendah RM50 dalam tempoh kempen dan akan layak mendapat satu cabutan secara automatik.

“Pendeposit Simpan SSPN yang menyertai kempen ini bukan sahaja berpeluang untuk memenangi hadiah lumayan, malah akan menikmati pelbagai keistimewaan yang disediakan seperti pemberian dividen yang kompetitif, perlindungan takaful dan pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga RM8,000 setahun,” katanya.

Menurut kenyataan itu, PTPTN menganjurkan kempen tersebut bertemakan ‘Gong Xi Simpan, Kongsi Ong! Hari-Hari Mesti Mau Simpan Tau!’ yang sinonim dengan ucapan Gong Xi Fa Cai iaitu Semoga Kebahagiaan dan Kekayaan Bersamamu.

“Tema ini dipilih bagi menyemarakkan kemeriahan Tahun Baru Cina agar kasih sayang dapat dirasai oleh masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa,” katanya.

Menurut kenyataan itu, penganjuran kempen itu sebagai tanda penghargaan daripada PTPTN kepada pendeposit yang setia memilih Simpan SSPN sebagai pilihan utama untuk menabung di musim perayaan.

“PTPTN berharap kempen ini akan menarik minat dan menyuntik motivasi masyarakat untuk terus membuat penabungan sekali gus dapat memeriahkan sambutan Tahun Baharu Cina serta mengeratkan lagi hubungan silaturahim masyarakat majmuk selaras dengan konsep Keluarga Malaysia,” katanya.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kempen Gong Xi Ang Pow 2022, pembukaan akaun simpan SSPN dan penambahan simpanan bolehlah melayari portal www.lovesspn.com untuk maklumat lanjut.

Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Produk Peladang dibawa ke Ekspo Dubai
Next: Goodday serah 10,000 PPE wajah baharu

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”
  • Industry Workshop by Nippon Paint and CIDB Addresses Gaps in Flooring Standards for High-Tech Industries
  • World-Class Sound Hits Johor: Audience Lab Soundtech Secures Strategic Deal with France’s NEXO
  • Visa Perkenal Agentic Ready di Malaysia Bersama Bank Tempatan bagi Memperkasa Pembayaran Berasaskan AI

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.