Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Ekspo
  • Kari kepala ikan resipi asli dari India
  • Ekspo

Kari kepala ikan resipi asli dari India

Helmi Aziz February 9, 2020 2 minutes read
616922.jpg

KARI kepala ikan cita rasa tempatan menggunakan resipi asli dari India antara menu istimewa ditawarkan di Black Mango Kitchen yang beroperasi Hotel Merrida, Klang, Selangor.

Restoran tersebut sebelum ini adalah milik penuh Hotel Merrida. Bagaimanapun, berada di bawah pengurusan baharu, pihak restoran menampilkan kelainan dengan merombak keseluruhan menu bagi menarik lebih ramai pelanggan mencuba hidangan berbeza yang menyelerakan.

Pengarah Urusan Black Mango Kitchen, Annuar Iman berkata, selain menawarkan resipi baharu, restoran berkenaan juga menerapkan dekorasi konsep santai dalam suasana yang menyenangkan pada harga mampu milik.

“Selari dengan nama ‘mango’ atau mangga pada restoran, ia sebenarnya mempunyai maksud yang tersendiri apabila kebanyakan menu adalah berasaskan buah mangga.

“Bahkan, resipi kari kepala ikan juga turut menggunakan mangga selain ikan merah segar seperti mana yang tercatat dalam resipi asli negara India,” jelasnya ketika ditemui Femina di Black Mango Kitchen baru-baru ini.

Mengulas lanjut mengenai menu istimewa kari kepala ikan tersebut, Annuar memberitahu, meskipun menggunakan resipi asli dari India, tetapi semua bahan termasuk rempah-ratus dibeli di pasaran tempatan.

Sementara itu, selain kari kepala ikan restoran berkenaan ini juga menawarkan hampir 20 menu istimewa yang menggabungkan masakan ala Barat dan tempatan. Antaranya ialah burger, nasi lemak dan kuih-muih.

“Justeru, kami amat mengalu-alukan orang ramai khususnya penggemar kari kepala ikan untuk menikmati kelainan resipi yang diterapkan.

“Harga yang ditawarkan sangat berpatutan antara RM38 hingga RM58 mengikut saiz pilihan pelanggan,” katanya.

ANEKDOT

Kari kepala ikan

Harga: Antara RM38 hingga RM58

Lokasi:

Black Mango Kitchen

Hotel Merrida

No 18A, Lebuh Enggang off

Persiaran Sultan Ibrahim

41050, Klang, Selangor

Instagram: @kitchen_mango



Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Sifugold.biz lahirkan usahawan emas
Next: Kring! menang anugerah di Perancis

Related Stories

09
  • Business
  • Celebration
  • Collabration
  • Ekonomi
  • Ekspo
  • Gadget
  • Gaya Hidup
  • Industri Kreatif
  • music
  • News
  • Product Launch

vivo V70 FE First Sales Roadshow Janji Pengalaman Interaktif dan Persembahan DOLLA

Syahir Izani April 15, 2026
1000250427
  • Automotive
  • Business
  • Ekspo
  • Event
  • Innovation
  • Launching

SIRIM-Certified ASTRA Reinforces Bateriku’s Commitment to Quality with the Opening of Its Quality Lab

Helmi Aziz August 8, 2025
2
  • Awards
  • Ekspo
  • Music

Universal Music Malaysia Raikan Ikon Muzik di Hall of Fame, Pavilion Malaysia, Ekspo 2025 Osaka, Japan

Helmi Aziz May 14, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.