Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • Sport
  • Waspada jika sering tak cukup tidur, dengkur luar biasa
  • Sport

Waspada jika sering tak cukup tidur, dengkur luar biasa

Helmi Aziz January 24, 2020 2 minutes read
601313.jpg

SERING mengantuk pada waktu pagi meskipun tidur yang cukup? Kerap mengalami dengkuran yang luar biasa?

Anda mungkin menghadapi satu masalah yang dipanggil sebagai Obstructive Sleep Apnea(OSA) iaitu pernafasan terhenti disebabkan saluran pernafasan tersumbat.

Oleh sebab itu, masalah berkenaan disebut sebagai obstructive yang membawa maksud sumbatan. OSA akan menyebabkan kitaran tidur menjadi tidak sempurna.

Perlu diketahui bahawa tidur dikira cukup jika kitaran fasa tidur itu sempurna. Barulah akan berasa segar pada waktu pagi. Jika tidak, tidur seolah-olah tidak mencukupi.

Keadaan tersebut juga akan menyebabkan hormon stres bertambah dan berisiko untuk menghadapi beberapa jenis penyakit.

Awas! Sesiapa yang mengalami OSA mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk menghadapi :

1. Tekanan darah tinggi

2. Serangan sakit jantung

3. Strok

Oleh itu, jika semasa tidur seseorang asyik berdengkur dengan kuat dan pada waktu pagi sering mengantuk, dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor untuk tujuan pemeriksaan.

Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan perkara itu. Punca yang utama adalah tonsil yang besar dan juga obesiti. Kedua-duanya boleh menyebabkan saluran pernafasan tertutup ketika tidur.

ANEKDOT

– Tahap Keterukan Penyakit

– Tahap penyakit sleep apnoea bergantung kepada kekerapan gangguan pernafasan. Anggaran di bawah boleh digunakan sebagai panduan:

1. Normal- kurang daripada lima dalam setiap jam

2. Ringan -5 ke 14 gangguan pernafasan dalam setiap jam

3. Sederhana – 15- 30 gangguan pernafasan dalam setiap jam

4. Teruk- lebih 30 gangguan pernafasan dalam setiap jam

– Keadaan berkenaan ditentukan dengan mengadakan ujian tidur sleep study (polysomnography). Ujian tersebut boleh dilakukan di hospital kerajaan atau swasta.

– Sebab

1. Punca – punca OSA :

– Kegemukan (paling kerap), leher pendek dan besar (saiz kolar), dagu kecil.

– Sumbatan di bahagian hidung, mulut, tekak ; contohnya pembengkakkan tonsil ataupun lidah yang besar.

2. Faktor faktor penyumbang lain :

– Alkohol boleh menyebabkan otot bahagian tekak kendur serta menghalang otak dari bertindak terhadap masalah berpunca daripada tidur.

– Masalah hormon tiroid serta kelenjar tiroid yang besar.

– Ubat ubatan seperti pil tidur dan ubat penenang.

– Merokok.

Sumber : @thediagnosa dan myhealth.gov.my



Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Curahkan kasih sayang kepada semua makhluk
Next: Petronas teruskan tradisi 22 tahun

Related Stories

Byon Combat Showbiz Vol. 7 (BM) Poster
  • Lifestyle
  • News
  • Sport
  • Sports

BYON COMBAT SHOWBIZ 7 Akhirnya Tiba, Kuala Lumpur Jadi Tuan Rumah Debut Antarabangsa.

Allya Adriana April 22, 2026
WhatsApp Image 2026-04-21 at 15.40.23
  • Community
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Event
  • Sport

Sokongan FINAS Perkukuh Golf Amal Selebriti Demi Kebajikan Penggiat Filem

Farihin Azlan April 22, 2026
image (1)
  • Health
  • Sport

Strategic Alliance Between Sunway Medical Centre Velocity and ISN to Elevate Athlete Treatment and Recovery

Yasmin Zainal April 20, 2026

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.