Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • Sport
  • 13 maut dalam tiga minggu pertama
  • Sport

13 maut dalam tiga minggu pertama

Helmi Aziz January 23, 2020 2 minutes read
600075.jpg

DALAM tempoh tiga minggu pertama tahun ini, seramai 13 orang telah meninggal dunia akibat kes demam denggi.

Lebih menakutkan, empat daripada 13 kematian itu berlaku dalam tempoh seminggu iaitu pada minggu ketiga tahun 2020, antara 12 hingga 18 Januari lalu.

Selangor mencatatkan kematian dan kes tertinggi dengan lima kematian dan 5,734 kes sejak 29 Disember tahun lalu sehingga 18 Januari.

Negeri-negeri lain, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Melaka masing-masing dua kematian manakala Pulau Pinang, Perak, Johor dan Sabah mencatatkan satu kematian.

Walaupun jumlah kematian menurun berbanding tempoh yang sama tahun lalu, tetapi jumlah kes denggi meningkat 3.8 peratus.

Pencegahan awal adalah langkah terbaik untuk mengelak anda atau orang disayangi menjadi korban denggi seterusnya dan pastikan tiada tempat pembiakan nyamuk aedes di persekitaran anda.

ANEKDOT

– Demam denggi adalah sejenis penyakit jangkitan virus yang merebak melalui gigitan nyamuk Aedes aegypti yang telah dijangkiti.

– Terdapat empat jenis virus yang boleh menyebabkan demam denggi iaitu DEN 1, DEN 2, DEN 3 dan DEN 4.

– Jangkitan oleh salah satu jenis virus akan memberikan imuniti terhadap virus jenis itu sahaja, jika individu tinggal di kawasan jangkitan denggi, mereka boleh di jangkiti lebih dari sekali seumur hidupnya.

– Lebih 100 negara di Asia Selatan, Asia Tenggara, Afrika, Amerika Timur Mediterranean dan Pasifik Barat mengalami masalah denggi.

– Tanda dan gejala:

  • Kebiasaannya demam akan terjadi pada hari ke tiga hingga ke 14 selepas digigit oleh nyamuk yang dijangkiti, kebiasaannya di antara empat hingga tujuh hari.
  • Selalunya ia akan bermula dengan demam kuat yang mengejut, sakit kepala yang teruk, sakit pada bahagian belakang mata, otot-otot dan sendi-sendi. Ruam merah di kulit juga boleh terjadi.
  • Demam boleh mencapai suhu 40 ke 41 darjah Celsius dan selalunya akan berlarutan selama dua hingga tujuh hari. Ia juga boleh menyebabkan serangan sawan dalam kalangan kanak-kanak di bawah umur 6 tahun. Demam denggi itu juga dikenali sebagai “breakbone fever”.
  • Ruam selalunya akan tumbuh pada hari ke tiga dan ke empat selepas bermulanya demam.
  • Muntah dan kurang selera makan.

– Rawatan:

  • Segera berjumpa dengan doktor kerana tiada ubat yang khusus untuk merawat demam denggi.
  • Rehat dan banyakkan minum air masak. Ubat paracetamol boleh diambil untuk menurunkan demam dan mengurangkan kesakitan.
  • Elakkan ubat aspirin bagi kanak-kanak di bawah umur 12 tahun.
  • Mandi jerlum.
  • Antibiotik tidak diperlukan.

Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia dan myhealth.gov.my



Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Samsung Galaxy A A71, A51 tembusi pasaran negara
Next: Rona tuah hiasi koleksi Off-White

Related Stories

Byon Combat Showbiz Vol. 7 (BM) Poster
  • Lifestyle
  • News
  • Sport
  • Sports

BYON COMBAT SHOWBIZ 7 Akhirnya Tiba, Kuala Lumpur Jadi Tuan Rumah Debut Antarabangsa.

Allya Adriana April 22, 2026
WhatsApp Image 2026-04-21 at 15.40.23
  • Community
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Event
  • Sport

Sokongan FINAS Perkukuh Golf Amal Selebriti Demi Kebajikan Penggiat Filem

Farihin Azlan April 22, 2026
image (1)
  • Health
  • Sport

Strategic Alliance Between Sunway Medical Centre Velocity and ISN to Elevate Athlete Treatment and Recovery

Yasmin Zainal April 20, 2026

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.